PENGHARGAAN BUAT DPPWM - DILANTIK ANTARA BADAN PERHUBUNGAN PAS WILAYAH

KUALA LUMPUR: PAS Wilayah Persekutuan telah selesai membentuk barisan kepimpinan baru badan perhubungannya, dengan empat pimpinan muda mengisi Dewan Harian sebagai timbalan pesuruhjaya 1 dan 3, setiausaha dan ketua penerangan.

Diketuai oleh Mohamad Nor Mohamad sebagai pesuruhjaya, dua muka baru dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya iaitu Salbiah Abd Wahab sebagai Timbalan Pesuruhjaya (TPJ) 2 dan Ahmad Sabki Yusuf sebagai TPJ 3.

Salbiah merupakan bekas Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), manakala Ahmad Sabki merupakan bekas Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP).

PAS Wilayah Persekutuan dalam mesyuarat pertama barisan kepimpinan barunya malam tadi turut mengekalkan pemimpin muda, Dr Azhari Yaakub sebagai Timbalan Pesuruhjaya (TPJ 1.

Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan yang baru, Mohd Nasaie Ismail berkata, tiga muka baru yang telah dilantik mengisi jawatan setiausaha, bendahari dan ketua penerangan.

Menurut beliau, jawatan setiausaha diamanahkan kepada Khairul Anwar Abd Manaf, bendahari, Ir Najib Ahmad.

"Pengarah Pilihanraya kekal kepada Abdul Halim Hasan, manakala tiga Penolong Setiausaha terdiri daripada Kamaludin Mohd Noh, Amran Abd Majid dan Abd Rani Abd Majid," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Tujuh dilantik sebagai AJK Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan, menurut beliau, terdiri daripada Zamri Ahmad Zakaria Aziz, Mohamad Saidu, Izamudin Ludin, Jailius Arsyad dan Liti Atini Yahya.

Katanya, dengan gandingan kepimpinan lama dan baru itu, PAS Wilayah Persekutuan diharap menjadi pasukan yang kuat untuk membantu pesuruhjaya melaksanakan tanggungjawabnya.

"Antara usaha yang akan dilakukan dengan memfokuskan kepada pembelaan masalah masyarakat bandar yang terlalu banyak berlaku khususnya dalam isu tanah Kampung Baru dan kampung tradisi, perumahan dan pengangkutan awam.

"Selain itu, fokus kita untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi bagi mempertahankan Titiwangsa dan menawan Parlimen Putrajaya dan Labuan," katanya.

Beliau juga yakin pasukan kepimpinan baru itu tidak akan memberi ruang yang selesa khususnya kepada Umno BN yang selama ini selesa bertindak sesuka hati kepada rakyat.

Ulasan

Catatan Popular