NAZRI TAK BERANI KELUAR NAMA PENERIMA JPA SEBAB...

KUALA LUMPUR, 13 Jun — Kerajaan tidak akan mengeluarkan senarai penerima biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meskipun banyak pihak mendesak agar dibuat demikian, kata Datuk Seri Nazri Aziz hari ini.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata bukan dasar kerajaan untuk mengeluarkan senarai penerima, malah tiada jaminan bahawa isu berkaitan akan selesai dengan mengeluarkan senarai nama penerima.

“Bukan dasar kerajaan mengeluarkan nama mereka yang berjaya memperoleh biasiswa (JPA),” kata Nazri  ketika menjawab soalan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) di Dewan Rakyat hari ini.

Fong berpendapat bahawa pendedahan senarai penerima biasiswa JPA akan mengelakkan kekeliruan berhubung polemik mengenai isu yang muncul hampir setiap tahun itu.

.... benar ke kerajaan bagi biasiswa kepada pelajar kita? atau hanya sembang atas angin je... maklum le kerajaan bukan ade duit pun.... kalu bagi pun kat anak-anak kroni je...

antara yg gagal mendapatkan biasiswa walaupun dapat 9+ dalam SPM lalu

Ulasan

Catatan Popular