NAJIB : PAS JGN CIPLAK NEGARA KEBAJIKAN BN... BN BERKEBAJIKAN KE SELAMA NI?

BN berkebajikan... berkebajikan hok dok naik harga barang tue...

PUTRAJAYA, 10 Jun — Datuk Seri Najib Razak mendakwa PAS “menciplak” model kejayaan Barisan Nasional (BN) sambil berkata Malaysia sentiasa berperanan sebagai negara berkebajikan.


Najib berkata konsep negara berkebajikan yang diketengahkan oleh PAS minggu lalu bukan sesuatu yang baru dan sentiasa menjadi matlamat pentadbiran semasa.

“Kerajaan sentiasa berjuang ke arah negara berkebajikan.

“Oleh itu, saya merasakan sesuatu janggal dan ganjil, mereka mahu mengadakan negara kebajikan,” kata Najib (gambar) sambil menambah, apa yang diketengahkan oleh PAS sebagai baru sudah lama dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional.

“Tidak perlu bagi mereka mengambil model kerajaan semasa,” kata beliau pada Konvensyen Wasatiyah di sini hari ini.
Najib juga menekankan bahawa rakyat Malaysia tidak lagi bersatu seperti dulu kerana sesetengah pihak mahu mempolitikkan agama demi kepentingan mereka.

Katanya, dalam negara pelbagai kaum, debat agama seharusnya diurus dengan cermat sebab perbincangan sedemikian boleh membawa kepada persekitaran benci-membenci di kalangan semua kaum.

Ulasan

Catatan Popular