Muktamar Tahunan PAS: Pemuda Mahu Kuota 40 Peratus PRU-13
GOMBAK: Dewan Pemuda PAS pusat (DPPP) pada Ahad mahu sayap itu diberi kuota peruntukan kerusi sebanyak 40 peratus kepada generasi muda sebagai calon pada pilihan raya umum ke-13.
Ketuanya, Nasaruddin Hassan Tantawi berkata sudah tiba masanya membuat perubahan dengan memberi peluang kepada generasi muda untuk membawa suara mereka di peringkat lebih tinggi dalam memperjuangkan isu-isu nasional dan tempatan.
“Kita perlu mengambil kira kepentingan rakyat terutamanya generasi muda. Oleh itu, kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk menjadi calon.
“Saya dengan itu meminta kepimpinan parti memberi peruntukkan sebanyak 40 peratus kerusi kepada generasi muda pada pilihan raya umum akan datang,” katanya ketika menggulung perbahasan pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS ke-57 di Markas PAS Taman Melewar, di sini, Ahad.
Beliau berkata perkara itu perlu diberi perhatian segera ekoran kebangkitan suara golongan muda hingga menjatuhkan kerajaan sedia ada seperti yang berlaku di negara Asia Barat baru-baru ini.
Oleh itu, Nasaruddin berkata, PAS perlu mengubah mekanisme serta pendekatan mereka untuk mendekati generasi muda.
“Kita sudah tidak boleh gunakan risalah, kuliah yang diadakan di markas kita sahaja. Kita perlu keluar dari kepompong itu.
“Kita perlu menggunakan mekanisme yang boleh menyentuh hati golongan muda untuk mendekati Islam. Mesej PAS disampaikan secara menyeluruh supaya ia dekat dengan hati masyarakat,” katanya.
Tantawi, tantawi. Janganlah main baca teks je, sedarlah dewan muktamar sudah berubah! Buat kerja dulu, buktikan pemuda sudah 'baligh' politik sebab yang nak memenangkan kamu bukan ahli2 pas sahaja.
BalasPadamKamu masih lagi berretorik, bercakap pula pasal mekanisme selepas berlangkah itu berlangkah ini. Awat slow bebenor hang punya komputer ni? Hang makan kawan untuk jawatan atas nama syura, ni nak kerusi pulak? Jika ketidakpuashatian sudah wujud dari kalangan pemuda, evrything is wrong every where! Dalam keadaan sekarang, jika pas nak calonkan pemuda, aku cadangkan suhaizan kayat, amacam? Kalau hati tidak betul, jangan jaja ayat2 Allah, ia akan memakan diri!
Wallahu'alam.
Pemuda PAS pandai dan bijak kata UMNO parti kronisma.Sekarang apa sudah berlaku kepada Pemuda PAS?lantik anak Mursyidul Am jadi Tim.Ketua dan anak Presiden jadi AJK Pemuda.Pemuda PAS senghaja beri peluru kepada pihak lawan.Tak ada stretegi,tak ada kematangan.Tak ada penyakit,cari penyakit.
BalasPadam