"KITA TENGOK SAPA KUAT"- BRAHIM KATAK

KUALA LUMPUR, 15 Jun — Sambil mendakwa mempunyai sokongan 36 pertubuhan bukan kerajaan, Perkasa mengajak penganjur Himpunan Bersih 2.0 melihat sendiri siapa yang dapat menghimpunkan sokongan terbanyak pada 9 Julai ini.


Himpunan Bersih 2.0 menyasarkan penyertaan 300,000 peserta di ibu negara awal bulan depan untuk menuntut pilihan raya yang bebas dan adil.

Pertubuhan pembela Melayu itu berkata, pihaknya tiada pilihan kecuali untuk turun di jalan bagi berhadapan dengan Bersih 2.0 kerana “jika kita tidak lakukan, maka dunia akan menganggap bahawa mereka (Bersih 2.0) ada sokongan semua rakyat Malaysia.”

“Tunggu sehingga 9 Julai, kita akan lihat siapa ada sokongan terbanyak,” kata Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali (gambar) selepas perbincangan meja bulat dengan wakil pelbagai pertubuhan bukan kerajaan malam tadi.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini berkata, mereka bukannya mahu mencetuskan huru-hara sebagaimana didakwa oleh pengkritik tetapi mahu menunjukkan pihaknya juga rakyat negara ini.

“Bersih ada agenda politik tersembunyi untuk mencetuskan huru-hara. Tiada justifikasi untuk mengerahkan ratusan ribu hanya untuk menuntut pilihan raya bebas dan adil apabila Suruhanjaya Pilihan Raya sudah menjawab semua perkara,” katanya lagi.

“Pendirian kami mudah... mereka berarak, kami berarak. Mereka batal, kami batal.

“Kami tidak mahu mereka mengatakan bahawa mereka melakukan ini atas nama rakyat. Kami juga rakyat,” katanya lagi.

Himpunan Bershih juga pernah diadakan akhir 2007 beberapa bulan menjelang pilihan raya umum ke-12, yang menyaksikan pembangkang menguasai beberapa negeri dan menafikan majoriti dua pertiga di Parlimen.

Perkasa juga mengumumkan bahawa pihaknya akan melancarkan Gerakan Anti-Bersih pada 19 Jun ini.

Juga hadir pada pertemuan meja bulat malam tadi ialah bekas pemimin PKR Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Datuk Zulkifli Noordin yang kini bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.

Pagi semalam, Ibrahim ketika ditemui wartawan di bangunan Parlimen memberitahu, pihaknya akan melawan habis-habisan menentang Himpunan Bersih 2.0.

.... aku takut kene pijak ke nanti katak-katak nie....

Ulasan

Catatan Popular