7 Jun 2011

KES SAMAN KHALID TERHADAP UTUSAN DIDENGAR 25 JULAI
abu nu'man7 Jun 2011 0 Komentar

KUALA LUMPUR, 7 Jun — Kes saman fitnah yang difailkan oleh Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad terhadap Utusan Melayu (M) Berhad akan didengar pada 25 Julai ini.


Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Dr Prasad Sandosham Abraham menetapkan 25 dan 26 Julai untuk mendengar kes itu selepas menolak permohonan Utusan Melayu atas isu-isu awal sama ada perkataan disebutkan dalam satu rencana disiarkan akhbar itu merujuk kepada Khalid (gambar).

Peguam Rohanidah Shafee yang mewakili Utusan Melayu memberitahu pemberita bahawa mahkamah mendapat rencana yang disiarkan kemungkinan merujuk kepada plaintif.

Mahkamah membuat keputusan itu di kamar selepas mendengar hujah daripada Rohanidah dan peguam Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili Khalid.

Dalam kes yang difailkan tahun lalu, Khalid yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam menamakan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Aziz Ishak dan penerbit Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia sebagai defendan.
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

0 Komentar

Catat Ulasan

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.