Kenyataan DPP : PM dan TPMnya Sewa Rumah RM2.7 hinggit Sebulan

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) kesal dengan pembaziran yang berlaku di kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalannya yang bernilai lebih RM 48.7 juta setahun. Kos sewa sahaja mencecah RM 2.7 juta sebulan, air RM 32 ribu sebulan, dan elektrik RM 171 ribu sebulan.

DPPWP hairan, kenapa sehingga ke hari ini kerajaan masih menyewa bangunan-bangunan pejabat termasuk kediaman rasmi pemimpin negara di Putrajaya daripada Perbadanan Putrajaya sedangkan selama ini mereka mencanangkan seantero dunia bahawa Putrajaya adalah Projek Kerajaan Barisan Nasional yang mengunakan wang rakyat.

Malah, urusan penyelenggaraan dan baik pulih bangunan-bangunan ini juga ditanggung oleh Kerajaan bukannya Perbadanan Putrajaya dan ini dijelaskan dalam jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz menjelaskan kos baik pulih RM3,581,744.78 kediaman PM dan TPM termasuk dalam senarai liabiliti kerajaan.

Betapa besarnya wang rakyat dibazirkan selepas ditipu dalam projek pembangunan mega Putrajaya. Yang mengaut untung adalah Perbadanan Putrajaya.

DPPP mendesak agar Kerajaan memberikan penjelasan mengenai status hak milik sebenar bangunan-bangunan kerajaan di Putrajaya dan kenapa kerajaan enggan memilik negarakannya sebagai aset tetap. Dalam erti kata lain Perbadanan Putrajaya mempunyai kuasa penuh untuk menentukan siapakah yang berhak menyewa bangunan milik mereka kelak. Jika berlaku pertukaran Kerajaan, Perbadanan Putrajaya boleh melakukan sabotaj dengan menghalau atau menaikan nilai sewaan sedangkan rakyat tahu, dana pembinaan Putrajaya datangnya dari poket rakyat.

Jadi, wajiblah kerajaan menjelaskan kuasa dan status sebenar Perbadanan Putrajaya dan memastikan dana rakyat tidak dibazirkan sesukahati. Adalah memalukan bila negara yang mempunyai wawasan yan g besar tidak mampu memiliki bangunan pentadbirannya sendiri dan terpaksa menyewa kepad agensi lain.

Riduan Mohd Nor
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Pusat

Ulasan

Catatan Popular