Kain rentang sokong BERSIH 2.0 di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor
Kain rentang "Bersama Berhimpun untuk pilihanraya bersih dan adil" telah digantung di bangunan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KL-SCAH), sebagai tanda sokongan terhadap tuntutan dan perhimpunan anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) pada 9 Julai 2011.
Stanley menganggap kerajaan harus mendengar suara rakyat, dan harus respon kepada rakyat secara serius apabila rakyat mengetengahkan pandangan atau kritikan. "Di Malaysia, sering kali kerajaan mendakwa bahawa rakyat diberi saluran untuk meluahkan pandangan. Namun demikian, kita kekurangan saluran secara 'terus-terang dan tulus ikhlas'. Meskipun terdapat liputan media yang melaporkan ketidakpuasan rakyat, namun kebanyakan masanya kerajaan kelihatan tidak mengendahkan kritikan tersebut, atau mendakwa sedang diuruskan. Kemudian, ia berakhir begitu sahaja," kata Stanley Yong.
Beliau berkata, rakyat secara umumnya berharap agar kerajaan respon dengan tindakan setelah kritikan diketengahkan. Dalam keadaan di mana kerajaan tidak respon dengan tepat persoalan daripada rakyat, maka satu-satunya jalan rakyat adalah jalan raya - sebagai manifestasi ketidakpuasan dan tindakan protes secara kolektif. |
Ulasan
Catat Ulasan