JAMIL TAK BERANI NAK ULAS STATUS TUGU.. APA CER?

KUALA LUMPUR, 9 Jun — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom enggan mengulas lanjut apabila ditanya sama ada Tugu Negara dan patung Bapa Kemerdekaan di Parlimen  itu harus dikekalkan, sebaliknya hanya mengatakan “itu cerita lain.”

Jamil Khir bagaimanapun berkata status kedua-dua tugu tidak boleh disamakan dengan tugu 1 Malaysia yang dibantah pembinaannya di Perlis.


Ini kerana jelas beliau, Tugu Negara yang dibina lebih empat dekad lalu bukan lagi lokasi sambutan Hari Pahlawan sejak tahun lalu, malah istiadat kalungan bunga juga diharamkan selaras dengan fatwa kebangsaan.

“Kita kena faham, sejak saya ambil alih (jawatan menteri) kita telah menukar (lokasi) sambutan Hari Pahlawan, kita sudah tidak lagi lakukannya di Tuga Negara.

“Kita buat dengan mengikut apa yang dikeluarkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, kita ikut fatwa yang dikeluarkan,” katanya.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular