INIKAH PENCOPEK BEG DI SURAU TEMPOH HARI?

MELAKA: “Takdir tidak memihak kamu. Selepas kejadian di surau Melaka Mall kira-kira jam 5.20 petang (Sabtu), kamu ditangkap di Mydin MITC dua jam kemudian. Saya tidak pernah berjumpa kes macam ini yang menunjukkan betapa besarnya kuasa Tuhan.”


Begitu kata Majistret Muhammad Hazri Hanafi ketika menjatuhkan hukuman penjara setahun dan denda RM7,500 terhadap seorang wanita pekerja kilang, Zalina Shidid, 38, yang mengaku bersalah atas dua pertuduhan mencuri dompet dan wang tunai RM650 milik Penolong Juruaudit Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Nor Azzren Bazid, 26, di sebuah surau di Melaka Mall, Rabu lalu.

Zalina sebelum itu mengaku bersalah mencuri dompet jenama Cardirino, kad pengenalan, lesen memandu kelas B2/D, dua kad kredit Maybank American Express dan Master Card, kad ATM Ambank, telefon bimbit Nokia E71 yang semuanya bernilai kira-kira RM1,700 kepunyaan Nor Azzren di surau tingkat satu Melaka Mall, Jalan Lebuh Ayer Keroh, dekat sini, pada 8 Jun lalu, kira-kira jam 5.20 petang.

Tertuduh juga mengaku pertuduhan kedua, iaitu mencuri wang tunai RM650 milik pengadu di mesin ATM Ambank Pasaraya Mydin, Jalan Ayer Keroh, pada hari sama, kira-kira jam 7.20 malam.

.... macam-macam orang zaman sekarang ni..... mungkin baitulmal Melaka kene tengok kes-kes seperti ini...

Ulasan

Catatan Popular