HUSAM & KICKDEFELLA JAWAB BLOG UMporNO

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Datuk Paduka Husam Musa tidak pernah mengadakan sebarang pertemuan dengan pemblog Syed Azidi Abdul Aziz atau yang mesra dikenali “Kickdefella” bagi mendapatkan bantuannya berkempen menghadapi pemilihan PAS yang berlangsung sekarang.

Sehubungan itu pegawai khas Husam, Kamarulzaman Abdullah berkata, perkembangan terbaru itu terbukti bahawa Umno-BN terkesan dengan kedudukan beliau dan barisan kepimpinan PAS akan datang.

“Isu yang dimainkan adalah permainan Umno-BN untuk menghalang Datuk Husam berada di tangga naib presiden untuk pemilihan kali ini,” kata beliau .

“Datuk Husam pergi ke China dan ada membawa dua orang pemberita, jika pun ada pertemuan sedemikian sudah pasti telah disiarkan oleh akhbar-akhbar terbabit,” katanya yang turut menolak dakwaan bahawa Syed Azidi dibayar RM300,000 sebagai upah berkempen kali ini.

Sementara itu, Syed Azidi menegaskan, “belum sampai masa” bagi beliau untuk menjawab dakwaan blog-blog pro-Umno kononnya beliau menerima bayaran dan berkempen untuk Husam.

Syed Azidi berkata, beliau juga tidak mahu memberi kenyataan sehingga ia boleh menjejaskan proses pemilihan parti itu, di mana ia akan memberikan “kelebihan kepada mana-mana calon yang bertanding.”

“Saya rasa bukan masa bagi saya menjawab, tidak perlu untuk saya jawab,” kata beliau kepada The Malaysian Insider tengah hari tadi.

Salah satu blog pro-Umno mendakwa pihaknya ada mendengar kononnya Syed Azidi menerima bayaran sebanyak RM300,000 daripada “orang Husam”.

Ulasan

Catatan Popular