HIMPUNAN PERKASA & PEMUDA UMporNO PUN HARAM GAK...


KUALA LUMPUR, 17 Jun — Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein sekali menegaskan mana-mana perhimpunan tanpa permit dianggap haram termasuk protes yang dirancang oleh Pemuda Umno untuk membantah Himpunan Bersih 2.0.

Semalam, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya memutuskan untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Julai ini untuk “memperkukuh sistem demokrasi”.

Himpunan Bersih 2.0 anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang menuntut pilihan raya yang adil dan bebas turut diadakan pada hari sama.

Selain itu, Perkasa juga mahu mengadakan perhimpunan balas menentang himpunan Bersih 2.0.

Hishammuddin (gambar), bekas ketua Pemuda Umno berkata, keputusan sayap pemuda parti Melayu itu tidak mewakili keseluruhan pendirian parti.

“Bila ia tiba tidak kisah sama ada saya bekas ketua Pemuda atau tidak. Mereka harus berdepan dengan akibat daripada tindakan itu... dan ia semata-mata pendirian Pemuda,” kata Naib Presiden Umno kepada pemberita.

“Mereka akan berdepan dengan polis. Saya berharap mereka melakukan perkara sama. Kami melihat ia dari sudut yang sah dan tiada sesiapa yang akan terlepas dari undang-undang,” tambah beliau.

.... tapi betul ke layanan sama.... ???

Ulasan

Catatan Popular