DPPWM KECAM EDARAN RISALAH BERSIH PALSU DI WANGSA MAJU...

DPPWM mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab terhadap golongan  yang telah  menyebarkan risalah 'palsu' Bersih 2.0. DPPWM juag menafikan bahawa risalah ini diedarkan oleh pihaknya. Risalah berwarna kuning dilekatkan pada belasan kereta di Seksyen 2 Wangsa Maju, menyeru "tumbangkan kerajaan sekarang" atas nama "BERSIH 2.0", pagi tadi.

Antara mesej yang tertera pada risalah tersebut termasuklah "PERHIMPUNAN Bersih2.0", "BERSAMA KITA TUMBANGKAN KERAJAAN SEKARANG!!!", dan "BUKTIKAN KITA MAMPU SEPERTI LIBYA !!"

Banyak lagi risalah sedemikian yang bertaburan di situ, tanpa mengetahui siapakah pengedarnya.

DPPWM menekankan bahawa BERSIH tidak menyeru untuk menggulingkan kerajaan, dan tidak menyamakan gerakan ini dengan gerakan pembangkang di dunia Timur Tengah, maka risalah tersebut bukan diedarkan BERSIH.  Justeru itu, adalah tidak masuk akal seandainya BERSIH menyeru "BUKTIKAN KITA MAMPU SEPERTI LIBYA !!", katanya.

"BERSIH bukan untuk menggulingkan kerajaan, tetapi menyeru untuk mereformasikan sistem pilihan raya, meningkatkan keabsahan kerajaan yang dipilih rakyat," tegasnya.

DPPWM mengecam tindakan menyamar dan memalsukan mesej asal BERSIH, dan juga meminta agar orang awam berwaspada terhadap taktik sedemikian. 

Ulasan

Catatan Popular