DASAR UMNO ..TAK DAPAT PROJEK..BUAT FITNAH... KINI UDA HOLDING JAWAB...

KENYATAAN AKHBAR DATUK NUR JAZLAN TAN SRI MOHAMED, PENGERUSI UDA HOLDINGS BHD BERHUBUNG PROJEK PEMBANGUNAN TAPAK BEKAS PENJARA

PUDU (BUKIT BINTANG CITY CENTRE)

SAYA ingin mengulas mengenai kenyataan Datuk Musa Sheikh Fadzir (gambo), Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang di Buletin Utama dan Utusan Malaysia Sabtu lalu, berhubung projek pembangunan tapak bekas Penjara Pudu atau Bukit Bintang City Centre (BBCC).

Ingin saya tegaskan bahawa projek ini, yang dibangunkan atas tanah seluas 7.76 hektar di Kuala Lumpur tidak akan langsung meminggirkan kepentingan masyarakat Bumiputera.

Atas sebab itu, saya berasa amat sedih atas tuduhan melulu Datuk Musa terhadap Ahli Lembaga Pengarah UDA Holdings Bhd tanpa mahu menghubungi UDA Holdings BHd terlebih dahulu untuk mendapatkan butir-butir mengenai pembangunan projek BBCC ini.

Saya ingin memaklumkan bahawa UDA Holdings Bhd menjemput 14 syarikat asing dan tempatan yang pernah menyatakan minat menyertai projek pembangunan BBCC ini, membentangkan kertas cadangan terhadap projek ini.

Daripada 14 syarikat, 11 syarikat hadir membentangkan kertas kerja kepada Ahli Lembaga Pengarah UDA Holdings Bhd pada 7 dan 8 Mac lalu dengan semuanya bukan milik Bumiputera sepenuhnya kecuali satu.

Ahli Lembaga Pengarah UDA Holdings BHd kemudian membuat penilaian secara telus dalam memastikan syarikat yang dipilih benar-benar dapat memberikan pulangan terbaik kepada syarikat tetapi juga kepada kepentingan masyarakat Bumiputera secara keseluruhannya.

Jadi, tuduhan Datuk Musa menyatakan bahawa UDA Holdings Bhd membelakangkan syarikat Bumiputera adalah tidak benar sama sekali kerana semua syarikat Bumiputera yang berminat membangunkan projek ini, menjalinkan kerjasama dengan syarikat bukan Bumiputera dan mereka tidak mempunyai pegangan majoriti dalam kerjasama strategik berkenaan.

Sebenarnya, dalam projek pembangunan BBCC ini, UDA Holdings Bhd yang memegang kepentingan Bumiputera dengan memastikan kontraktor Bumiputera yang berkelayakan bersama-sama dengan UDA Holdings Bhd menyertai projek pembangunan BBCC ini.

Semua perlu sedar bahawa kedudukan UDA Holdings Bhd pada waktu ini, bukanlah sama seperti 40 tahun lalu, di mana ketika itu, UDA adalah sebuah syarikat pemaju hartanah yang terkemuka.

Ketika ini, UDA Holdings Bhd mengalami masalah kewangan serta bank tanah yang amat kritikal kerana selepas UDA Holdings Bhd disenaraikan dalam Bursa Saham, syarikat ini, langsung tidak menerima suntikan kewangan atau bank tanah daripada kerajaan secara langsung.

Akibat keadaan ini, UDA Holdings Bhd tidak mampu lagi untuk memperjuangkan agenda Bumiputera seperti digariskan sebelum ini, dalam penubuhannya. UDA Holdings Bhd tidak sama seperti 40 tahun lalu, syarikat ini, tidak mampu lagi bersaing dengan syarikat hartanah swasta yang ada pada waktu ini, menyebabkan fungsinya kurang lagi dihormati seperti dulu.

Bagaimanapun, kepentingan 1,400 kakitangan UDA Holdings Bhd perlu diutama serta dipelihara dan sebab itu, UDA Holdings Bhd perlu teliti dan telus dalam melaksanakan pembangunan bekas Penjara Pudu.....

Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed
Pengerusi
UDA Holdings Bhd
22 Mei 2011.

(Ana tidak berminat nak copy sepenuhnya... cukuplah kenyataan jawab Datuk Nur Jazlan terhadap puak-puak UMporNO yang melemparkan fitnah sebab tak dapat kontrak nak majukan tapak terebut...alahai UMporno...)

Ulasan

Catatan Popular