CAW. UMNO KELANTAN .. 5 JE SAH.. 126 HARAM ... MEMANG ANAK HARAM

KUALA LUMPUR, 8 Jun — Seorang ahli Umno yang dipecat tahun lalu mendakwa di Kelantan terdapat 131 cawangan.
Namun daripada jumlah itu hanya lima yang sah manakala yang baki termasuk cawangan Simpang Tiga Seri Mahligai tidak pernah didaftarkan.

Seorang ahli perniagaan dari Kelantan Amran Abdul Rahman dipecat kerana melanggar perlembagaan parti telah memfailkan kes terhadap Pendaftar Pertubuhan (RoS) semalam untuk mendapatkan balik keahliannya — kes yang mengingatkan kembali krisis 1987 dalam parti teras Barisan Nasional (BN) itu.
Dia yang pernah menjadi ahli Umno selama 14 tahun, mencabar RoS untuk menunjukkan bukti bahawa cawangan-cawangan di bahagian Tanah Merah telah didaftarkan secara sah, dan jika tidak, agensi itu harus mengisytiharkan Umno Kelantan haram, satu langkah yang akan membawa kepada pembatalan pemecatan beliau daripada parti.

Amran, 47, merupakan setiausaha Umno bahagian Tanah Merah ketika beliau dilucutkan keahlian pada 1 Mac 2010 mengikut Perkara 20.7 perlembagaan parti kerana membawa ketua bahagiannya Datuk Ikmal Hisham ke mahkamah.
Ekoran krisis kepimpinan 1987 yang menyaksikan parti itu diisytiharkan sebagai haram, satu perlembagaan baru dirangka selepas penubuhan Umno Baru, sekali gus melarang ahlinya membawa sebarang pertikaian ke mahkamah.

Dalam permohonannya, Amran berkata: “saya percaya bahawa responden (RoS) telah mendaftarkan Umno Baru di bawah Seksyen 7 akta tersebut (Akta Pertubuhan 1966) dan Sijil Pendaftaran telah dikeluarkan seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 8 akta tersebut.
Amran menambah, beliau setelah dinasihatkan oleh peguamnya percaya bahawa peruntukan Seksyen 12(3) Akta Pertubuhan 1966 menyatakan bahawa cawangan yang ditubuhkan tanpa kebenaran responden adalah pertubuhan haram.

justeru Amran memohon semakan kehakiman daripada Mahkamah Tinggi untuk mengetepikan keputusan RoS yang menafikan aksesnya kepada dokumen-dokumen mengenai 126 cawangan dan 14 bahagian di Kelantan, dan juga perintah mahkamah mengarahkan RoS membekalkan maklumat yang diperlukan.

Ulasan

Catatan Popular