CAMNE PETRONAS BYR RM30 BILLION... SEDANGKAN HARGA PETROL MAHAL??

Pelik la pulak rasenya... camne Petronas boleh bayar RM30 billion kepada kerajaan sedangkan kerajaan sendiri tak mampu nak tanggung subsidi petrol sebab kenaikan harga minyak dunia.... mane petronas dapat duit byk2 tue...minyak dunia naik...petronas dapat duit?... pening aku memikirkannya...

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Petronas melihat perolehan dan keuntungan yang lebih tinggi bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2011, didorong kenaikan harga semua produknya dan jumlah dagangan yang lebih tinggi produk utamanya di celah-celah pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh sungguhpun ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS.


Presiden dan ketua pegawai eksekutif Datuk Shamsul Azhar Abbas berkata perolehan meningkat 14.4 peratus kepada RM241.2 bilion daripada RM210.8 bilion.

Keuntungan pracukai meningkat 34.5 peratus kepada RM90.496 bilion daripada RM67.3 bilion sebelum ini, demikian menurut laporan Bernama Online.

Syarikat minyak negara itu mengumumkan dividen RM30 bilion kepada kerajaan.

Harga yang lebih tinggi dan permintaan rancak menyebabkan prestasi yang lebih tinggi bagi semua perniagaan teras, kata naib presiden eksekutif kewangan Petronas Datuk George Ratilal.

“Prestasi Petronas sendiri juga selaras dengan pesaing kami, menunjukkan satu tahun lagi prestasi berdaya tahan kumpulan,” katanya.

Beliau berkata perolehan kasar meningkat 12.9 peratus dengan perniagaan hiliran menjadi penyumbang perolehan terbesar pada 42.4 peratus daripada jumlah perolehan kasar.
Tunai daripada operasi adalah RM70.8 bilion berbanding RM56.1 bilion tahun lepas, satu peningkatan 26.2 peratus berikutan perolehan yang lebih baik.

Sejumlah RM34.9 bilion pada perbelanjaan modal digunakan kebanyakannya kepada merancakkan aktiviti eksplorasi dan pengeluaran dan meneruskan usaha-usaha lain.

Dalaam pada itu, Petronas sedang mengkaji untuk menetapkan jumlah dividen yang akan dibayar kepada kerajaan pada kadar 30 peratus daripada keuntungan bersih mulai tahun kewangan 2013.

“Ini menjadikannya sesuatu yang agak pasti dan boleh dijangkakan,” kata Naib Presiden eksekutif Kewangannya, Datuk George Ratilal.

“Petronas telah berbincang dengan kerajaan dan telah mencapai persefahaman tentang perkara ini,” katanya kepada pemberita pada pengumuman keputusan Petronas bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac lalu.

Syarikat minyak nasional itu mengisytiharkan pembayaran dividen sebanyak RM30 bilion kepada kerajaan bagi tahun berkenaan.

Petronas juga membayar dividen yang serupa kepada kerajaan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2010.

... mana hak kerajaan kelantan?....

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular