BEST..BEST... PEMUDA UMporNO PUN NAK BERHIMPUN LAWAN BERSIH 2.0
KUALA LUMPUR, 16 Jun – Pergerakan Pemuda Umno juga mahu menganjurkan satu perhimpunan bagi memperkukuh sistem demokrasi pada 9 Julai ini – hari Himpunan Bersih 2.0.
Bagaimanapun sayap Umno tidak akan menyertai Himpunan Bersih 2.0.
“Pemuda Umno akan menganjurkan perhimpunan pada 9 Julai (ini) demi perkukuh sistem demokrasi. Tak serta Bersih sebab (ia) bawa agenda pembangkang,” kata Khairy Jamaluddin (gambar kecil) menerusi mesej Twitternya petang ini.
Kata beliau perkara tersebut diputuskan pada mesyuarat Exco Pemuda Umno hari ini.
Petang tadi, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Himpunan Bersih 2.0 pada Julai ini akan memberi kesan negatif kepada negara dan menyekat pembangunan ekonomi.
Muhyiddin berkata himpunan yang dianjurkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) bukan demokrasi kerana ia hanya disertai sekumpulan kecil.
“Perhimpunan Bersih tidak mewakili keseluruhan rakyat tapi sebilangan kecil sahaja,” katanya.
Perkasa juga mahu mengadakan perhimpunan balas hari yang sama menentang Bersih 2.0.

Ulasan
Catat Ulasan