BERJAYAKAH 30K PEMUDA PAS KELANTAN KE BERSIH 2.0???

... Persoalan ini cuba ana timbulkan...bukan untuk memperlekehkan kehebatan pemuda PAS Kelantan... cuba nak menarik perhatian semua pemuda PAS dinegeri-negeri lain seperti Terengganu, Kedah, Perlis berdasarkan pengalaman dalam perhimpunan yang dilaksanakan sebelum ini.... kita lihat betapa ramai pemuda PAS kita yang tak mampu tiba di KL akibat daripada kenderaan mereka seperti bas yang awal-awal lagi ditahan dan diarahkan berpatah balik oleh pihak Polis.... mungkin pemuda PAS Kelantan dan pemuda PAS Malaysia telah memikirkan strategi baru yang tak terpikir dek kepala Polis kite .... apapun kami pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengucapkan AHLAN WA SAHLAN kepada semua pemuda PAS......

KOTA BHARU, 22 Jun: Biar pun hampir 800 laporan polis dibuat terhadap penganjuran perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil (Bersih) 9 Julai ini, namun ia tidak mematah semangat anak muda yang prihatin.


Mereka tetap bersemangat meneruskan agenda memastikan pilihan raya umum akan datang lebih telus dan benar-benar bersih.

Sehubungan itu pemuda PAS dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan menghantar kira-kira 30,000 peserta pada program berkenaan.

Ketua Pemuda PAS negeri, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, setiap kawasan di Kelantan dijangka menghantar 1,000 peserta pada perhimpunan tersebut.

”Ini bermakna Pemuda PAS Kelantan menyumbang seramai 14,000 peserta bagi mencapai matlamat menghimpunkan ratusan ribu rakyat pada perhimpunan aman tersebut.

”Perhimpunan itu diyakini tidak berlaku masalah sekiranya tidak ada sebarang provoksi dibuat pihak lain.

”Pemuda kita lebih berdisiplin kerana Islam melarang sebarang tindakan kekerasan. Jadi pihak kerajaan tidak perlu bimbang dengan perhimpunan aman itu,” katanya di sini.

Dalam perkembangan berkaitan pemuda PAS Tumpat dan Kuala Krai pula masing-masing akan menghantar peserta menggunakan perkhidmatan kereta api. Sebahagian mereka dijangka memenuhi sehingga lapan gerabak.

Difahamkan juga Bersih 2.0 akan mengadakan ’road show’ di Pasir Mas pada 2 Julai ini bertempat di Mini Stadium, dijangka dihadiri Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Manakala pada 4 Julai pula road show Bersih 2.0 akan diadakan di Dun Manek Urai, Kuala Krai membabitkan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasharuddin Hassan.

Sementara itu Ketua Penerangan AMK Kelantan, Rosdi Mat Zin berkata, AMK Kelantan bersedia menghantar 30,000 peserta ke perhimpunan Bersih 9 Julai ini.

”Kami menyahut cabaran ini atas dasar kesedaran ingin mengubah lanskap politik tanah air yang dicengkam pemimpin rakus dan zalim.

”Ayuh bersama menuntut agar SPR menghapuskan undi pos, menggunakan dakwat kekal, membersih daftar pemilih dan memberi peluang akses media kepada semua pihak ketika kempen pilihan raya,” ujarnya.

Ulasan

Catatan Popular