BANYAK KHAIRAT KEMATIAN TAK IKUT SYARIAT
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti berdasarkan nas yang muktabar dan mengambil keputusan seperti berikut :
" Hukum seseorang menderma dalam tabung khairat kematian atau lain-lain tabung kebajikan adalah diharuskan dan mendapat ganjaran dari Allah. "
Dan dalam sebuah Hadith Nabi S.A.W. berbunyi :
Bermula sedekah kepada orang miskin itu cuma ada satu sahaja unsur kebaikan : tetapi sedekah kepada orang yang ada hubungan dengan kerabat yang miskin ada padanya dua unsur kebaikan. Pertama sedekah dan kedua menghubungkan silaturrahim dan kepada orang yang memerlukan dari golongan orang-orang Islam, seperti anak-anak yatim yang miskin dan janda-janda.
Namun begitu yang mungkin terlepas pandang untuk memasukkan aqad yang wajib pada borang bagi seseorang ahli/ peserta itu sebelum menyertai Khairat Kematian di tempatnya seperti:-

"Saya bersetuju bahawa caruman saya akan disalurkan ke dalam dana Takaful Khairat Kematian Keluarga, sebagai Tabarru’ (derma ikhlas) bagi membantu Ahli/ Tanggungan Ahli lain yang ditimpa musibah/ kematian."
Ini kerana setiap peserta wajiblah meniatkan sumbangan/ carumannya itu sebagai satu derma ikhlas (tabarru') yang mana untuk disumbangkan kepada ahli/ peserta lain yang ditimpa musibah/ kematian.
Mengapa perlu adanya niat tabarru' in? Sebagai contoh seseorang yang mencarum RM10.00 nanum apabila dia/ ahlinya meninggal, dia memperoleh RM300.00. Apakah layak dia mendapat jumlah sebanyak itu hanya dengan bayar RM10.00 sahaja? Dalam kaedah konvensional perkara ini diharamkan. Namum sekiranya mereka ahli meniatkan sebagai derma (tabarru') bagi ahli/ peserta lain maka ini dibenarkan di dalam islam. Walahu'alam.
Ulasan
Catat Ulasan