2 JAM BERHIMPUN... KERAJAAN RUGI RM1 BILLION ... BODOHNYE STATISTIK

...inilah akibat bila orang bodoh diangkat menjadi pemimpin... kat kire le bangsa apa pun kalau bodo tak guna jugak.... kalau begitu kiraannya ... maknenya dalam sehari kerajaan boleh buat duit 12 billion (24 jam) .... sebulan 360 billion... setahun 4 trillion la bodo oooiii.... bukan RM6.6 billion.... waakakakaka

Kerugian Akibat Perhimpunan Haram Dari Sektor Pelancongan Boleh Cecah RM1 Bilion

(TS) KUALA LUMPUR: Perhimpunan haram oleh kumpulan pengacau pada 9 Julai ini bakal menyebabkan negara kehilangan lebih RM1 bilion daripada sektor pelancongan, kata Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Beliau berkata, keadaan tidak menentu akibat perhimpunan haram itu boleh merencatkan kehadiran pelancong sekaligus mengurangkan jumlah pendapatan sepertimana yang dicatat pada tempoh sama tahun lepas iaitu RM6 bilion melalui perbelanjaan oleh 2.2 juta pelancong.

"Berdasarkan statistik, ketibaan pelancong antarabangsa pada bulan Julai 2010 adalah sebanyak 2.2 juta dengan perbelanjaan sebanyak RM6 bilion.

"Jika perhimpunan itu telah kurangkan 20 peratus daripada pendapatan tersebut, kita sudah kerugian RM1.2 bilion, yang mana ini akan dirasai oleh semua pihak dalam industri," katanya kepada pemberita selepas pertemuan bersama 16 pemimpin organisasi yang terlibat dalam industri pelancongan di sini, Selasa.

Ng berkata, sebagai industri yang bergerak berdasarkan situasi dan keadaan terkini sesebuah negara, perhimpunan haram itu bakal mengganggu pilihan pelancong yang berkemungkinan memilih untuk menghindari daripada memasuki Malaysia.

Beliau berkata, kesan awal perhimpunan itu mula dirasai apabila kementerian dimaklumkan yang Persatuan Pelancongan Negara China telah berada di negara ini bagi berbincang dan mendapatkan perkembangan mutakhir perhimpunan haram itu sebelum membuat keputusan sama ada untuk membatalkan pakej-pakej percutian yang telah dibuat sebelum ini.

Katanya, perkembangan itu bakal memberi kesan negatif kepada mereka yang terlibat di dalam industri pelancongan berdasarkan perolehan hampir RM1 bilion negara yang dijana melalui perbelanjaan oleh pelancong negara itu tahun lepas.

Ng berkata, berikutan itu 16 pemimpin industri yang bertemu dengannya hari ini sebulat suara menentang sekeras-kerasnya perhimpunan haram itu dan menyarankan pihak polis melakukan apa sahaja bagi menghalang demonstrasi itu.

"Sebagai pemimpin industri pelancongan yang bertanggungjawab mereka perlu menyuarakan kekuatiran mereka dan menegaskan pendirian bahawa pihak polis perlu menghalang agar perhimpunan haram itu tidak berlaku," katanya.
.... sama mangkuk ngan Rais Yatim.....

Ulasan

  1. Bila otak yang berwarna kuning diganti dengan belacan macam tulah jadinya.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular