YES!!! RON NAIK RM2.20 ESOK ATAU PALING LAMBAT 1 JUN INI

PUTRAJAYA: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sedang meneliti semula harga pasaran minyak mentah dunia sebelum penyelarasan harga diputuskan bagi mengelak tanggungan subsidi yang lebih tinggi.

Kerajaan akan menetapkan harga baru RON95 dengan mengurangkan kadar subsidi sekitar 20-30 sen selewat-lewatnya awal bulan depan selepas kajian terperinci harga minyak dunia dilakukan.

"Sekiranya harga pasaran minyak mentah dunia masih kekal melebihi AS$100 setong (RM301), pemberian subsidi minyak akan meningkat kepada RM10 bilion berbanding hanya RM8 bilion pada tahun lalu," katanya.
Beliau bercakap pada sidang media selepas merasmikan program suaian perniagaan antara koperasi bersama dengan hypermarket/pasaraya, syarikat minyak dan persatuan hotel di sini, Jumaat.

Menurut beliau, kerajaan menanggung sebanyak RM1 seliter untuk subsidi minyak kepada rakyat pada ketika ini.

Justeru itu, kerajaan akan mengkaji semula harga pasaran minyak dunia setiap enam bulan agar tanggungan subsidi minyak dapat dikurangkan.

... apapun harga petrol di Malaysia masih jauh lebih murah berbanding China yang menjual petrol RON 93 pada harga RM3.80 seliter manakala Indonesia, RM3.20 bagi petrol RON92.....wakakakaka

Ulasan

  1. orang kate esok naik!

    BalasPadam
  2. Harga kereta kedua paling mahal didunia bila nak kaji utk turunkan cukai? Cukai kereta yg mahal kata madey kutty kira amal jariah rakyat kpd kerajaan, kepala otak dia! Dia ingat rakyat mesia kaya sangat nak sedekah kpd kerajaan? Hutang rumah 30 tahun baru langsai, hutang kereta 9-12 tahun baru habis. Rakyat tanggung hutang seumur hidup untuk kayakan umno/bn dan kroni.

    Potong subsidi utk bagi projek MRT bernilai 60 bilion kpd kroni iaitu MMC dan Gamuda. Rakyat didahulukan papa kedana...........

    BalasPadam
  3. Panas Berapi !! Meletop-Letop... Bakal Meledak Tak Lama Lagi !!
    Pendapatan Pasif (Tanpa Menaja) RM 9837 Setiap Bulan !!

    http://sway2u.blogspot.com
    012-571 2456

    BalasPadam
  4. keraa jaan hanya tahu menaikkan harga minyak,tetapi rakyat juga akan naik minyak

    BalasPadam
  5. rakyat akan turunkan BN....

    BalasPadam
  6. Bila rakyat naik minyak ? Masa PRU13 nanti.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular