TG HADI AWANG KEKAL JAWATAN PRESIDEN

KUALA LUMPUR, 17 Mei — Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) akan mengekalkan jawatan presiden PAS untuk penggal kelima kerana tidak ada calon yang layak untuk jawatan itu selepas semua bahagian mengadakan mesyuratnya.

Semua bahagian diberikan sehingga semalam untuk mengadakan mesyuaratnya yang juga merupakan hari terakhir untuk mengemukakan sebarang pencalonan.

Sumber-sumber parti berkata Bukit Bintang merupakan satu-satunya bahagian yang mencalonkan Exco Kelantan Datuk Husam Musa untuk jawatan tertinggi parti itu.

Bagaimanapun, Husam secara terbuka berkata beliau belum berminat untuk bertanding jawatan parti tertinggi itu.
Malahan, bakal calon mestilah menerima sekurang-kurangnya dua pencalonan untuk melayakkan bertanding bagi sebarang jawatan.

“Setakat ini, nampaknya Datuk Seri Hadi akan mengekalkan jawatannya,” kata seorang sumber parti dipetik laporan Bernama.

Setiausaha Agung parti Datuk Mustafa Ali dan pengerusi pemilihan PAS Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dijadual mengadakan sidang media pagi ini untuk mengumumkan senarai calon yang layak untuk jawatan tertinggi parti itu.

Abdul Hadi mula dilantik sebagai pemangku presiden pada Julai 2002 dan dipilih sebagai presiden PAS pada pemilihan parti 2003 dan telah memegang jawatan itu tanpa dicabar sehingga sekarang.

Bagi jawatan timbalan presiden, setakat ini hanya dua pemimpin PAS, penyandang Nasharuddin Mat Isa dan anggota jawatankuasa pusat Mohamad Sabu, mengesahkan akan bertanding untuk jawatan nombor dua itu jika mereka menerima pencalonan yang mencukupi.

Turut dicalonkan ialah naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Salahudin Ayub, anggota jawatankuasa pusat dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

.... bertandinglah dengan cara yang berhemat......

Ulasan

  1. LLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL17 Mei 2011 pada 6:36 PTG

    tolong cerita sikit bhg bukt bintang tu bro.setahu wa umporno je yg ade kat situ

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular