15 Mei 2011

Pengerusi UNESCO pun tolak PPSMI dan yang sewaktu dengannya.
chedet15 Mei 2011 0 Komentar

Assalamualaikum.


Bahasa ibunda cemerlangkan murid.
Pemantauan UNESCO buktikan kanak-kanak lebih mudah kuasai subjek sukar
.
PARIS: Kanak-kanak akan cemerlang jika didedahkan dengan pelajaran menggunakan bahasa ibunda khususnya di peringkat rendah, kata Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO), Irina Bokova.

Beliau berkata, penggunaan bahasa ibunda amat penting dalam pendidikan sekolah rendah, terutama untuk subjek sukar.

“Kita menyaksikan bukti kanak-kanak mencapai keputusan lebih baik di sekolah apabila bahasa ibunda mereka digunakan. Kita telah melakukan pemantauan di banyak negara di dunia, termasuk Mexico, Peru dan negara lain.

“Saya tahu ia membabitkan kos tinggi dan sukar dilaksanakan termasuk menyediakan buku teks dan sebagainya, tetapi pelaksanaannya menyebabkan kualiti pendidikan bertambah baik apabila bahasa ibunda diguna pakai berbanding bahasa antarabangsa lain,” katanya kepada wartawan Malaysia di ibu pejabat UNESCO di sini, semalam. Berita Harian – 13 Mei 2011.

Pada penulisan yang terdahulu saya pernah memetik deklarasi daripada laman web UNESCO yang menyentuh tentang penggunaan bahasa ibunda dalam sistem pendidikan di semua peringkat sebagai mengulas angan-angan daripada Hishamudin Tun Hussein, Menteri Pelajaran ketika itu untuk menduduki kerusi Lembaga Eksekutif UNESCO di kala kerajaan menafikan hak Bahasa Melayu melalui PPSMI.

http://lindunganbulan.blogspot.com/2007/10/hishammuddin-nak-jadi-ahli-lembaga.html

Kali ini ianya ditegaskan lagi oleh pengarah UNESCO, Irina Bokova pada wawancara sempena Mesyuarat Lembaga Eksekutif UNESCO kali ke-186 yang menyatakan bahawa kanak-kanak lebih mudah kuasai subjek sukar dengan bahasa ibunda.

Sekarang sudah jelas bahawa PPSMI menyukarkan pelajar untuk memahami sesuatu ilmu terutama sekali yang sukar. Dengan ini saya rasa tidak perlu lagilah kerajaan melayan tuntutan daripada pihak yang inginkan PPSMI.

In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

0 Komentar

Catat Ulasan

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.