MISI KE GAZA MOGOK LAPAR TERHADAP MESIR. APE CER?

EL-ARISH (Mesir), 20 Mei — Matthias Chang, 61, ketua misi bantuan kemanusiaan Malaysia ke Gaza melancarkan mogok lapar sejak petang semalam di atas kapal kargo MV Finch bagi membantah tindakan pihak berkuasa menghalang kemasukan kapal berkenaan ke Pelabuhan El-Arish.

Tindakan itu dilakukannya sebaik sahaja tentera Mesir menghalau keluar kapal kargo itu dari kawasan pelabuhan, menurut wartawan Bernama Mohd Faizal Hassan, seorang daripada 12 penumpang dan anak kapal MV Finch (gambar), kepada Bernama menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Laporan Bernama Online menyebut pihak berkuasa pelabuhan itu sebelum ini telah memberi kebenaran kepada kapal MV Finch untuk berlabuh dan memberikan bekalan makanan.

Bagaimanapun menukar fikiran di saat akhir tanpa sebarang alasan kukuh.

Bagaimanapun katanya, mereka mendapat bekalan makanan daripada ejen yang dilantik oleh Yayasan Keamanan Global Perdana lewat tengah malam semalam waktu tempatan.

Sehingga pagi waktu tempatan, Matthias masih lagi enggan makan walaupun dipujuk dan keadaan dijangka berlarutan sehingga permintaan untuk berlabuh ditunaikan.

Pihak berkuasa pelabuhan telah dimaklumkan mengenai perkara ini dan diminta menyediakan bantuan perubatan untuk sebarang kemungkinan, katanya.

Mohd Faizal berkata beliau difahamkan kebenaran akan diberikan esok namun tiada sebarang pengesahan diperoleh daripada mana-mana pihak berwajib.

Kapal MV Finch itu dikemudi rakyat Malaysia, Kapten Abdul Jalil Mansor yang dibantu empat krew iaitu Zainuddin Mohamad dan Mohd Jaffery Ariffin masing-masing warga Malaysia, serta dua warga India Sharma Chandan Shimla dan Pal Satya Prakash.

Ulasan

  1. alhamdulillah selamat semua nye.tu captain saya dulu tu...capt abdul jalil bin mansor.proud of you...allahuakbar!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular