LAHANAT MANA YG PUKUL ORG NAK TUNTUT HAK ROYALTI KELANTAN

KUALA LUMPUR : Setiausaha Gegar, Hisyamuddin Ghazali dipukul seorang lelaki ketika beliau sedang memasang banner menuntut royalti Kelantan di hadapan Masjid Kampung Sireh.

Mangsa yang ditemani isteri dan ibu ketika kejadian itu mendakwa penyerang tersebut yang ditemani seorang lagi rakannya secara tiba-tiba datang memberhentikan kereta yang dipandunya di belakang kereta mangsa, dan terus keluar meluru dan memukul beliau tanpa usul periksa.

Beliau dipukul di perut, kepala, mata dan telinga sehingga dirinya pitam seketika.

Manakala ibunya pula telah ditolak sehingga jatuh di atas jalan raya.

Ekoran itu mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu.

Hisyamuddin yang turut hadir bersama rakan Gegar yang lain malam tadi bagaimanapun berkata, biarpun dipukul beliau tidak akan serik untuk terus memperjuang hak royalti rakyat negeri itu.

“Saya dan rakan-rakan dalam Gegar tidak akan berdiam diri dalam isu ini dan akan ke seluruh negeri dalam menyedarkan kembali tindakan sesetengah pihak menghalang royalti minyak untuk Kelantan adalah satu langkah pengkhianat kepada bangsa dan negeri ini sendiri,” katanya kepada Harakahdaily.

Mereka mensasarkan 140 keping baner lagi untuk dinaikkan di seluruh negeri.

Sehubungan itu juga, beliau mewakili Gegar turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri yang turut memberi sokongan terhadap usaha mereka itu.

Ulasan

Catatan Popular