RUPE BENTUK STADIUM BARU KELANTAN

UPKUALA LUMPUR, 18 Mei — Kerajaan negeri Kelantan akan membina sebuah kompleks sukan yang turut memuatkan beberapa ruang solat bagi membolehkan penonton menunaikan tanggungawabjawab.

Menurut Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kompleks sukan itu akan dibina di Bukit Merbau, Pasir Putih.

Selain membina kompleks sukan yang akan memuatkan sebuah stadium utama, jelas Nik Aziz ia turut memuatkan ruang solat di beberapa bahagian stadium bagi memastikan penonton tidak lupa tanggungjawab masing-masing.

“Saya ingin membuat pengumuman pada hari ini satu berita gembira buat rakyat Kelantan khususnya peminat-peminat sukan tanah air di mana kerajaan negeri Kelantan telah bersetuju untuk membina sebuah kompleks sukan bersekali dengan bandar baru untuk kegunaan aktiviti sukan di negeri ini.

“Kompleks tersebut yang antaranya akan menempatkan sebuah stadium utama dengan kapasiti 40,000 tempat duduk bertempat di atas tanah milik kerajaan di Bukit Merbau, selain itu kita juga berhasrat agar stadium yang dibina turut memuatkan ruang solat di merata-rata bahagian bagi membolehkan penonton menunaikan solat dengan mudah dalam stadium,” kata Nik Aziz dalam satu kenyataan.

Jelas Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS, pentadbiran negeri pimpinannya tidak akan melupakan tanggungjawab terhadap tuntutan agama dan berharap penonton juga sentiasa begitu.

“Ini bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri yang mahukan aktiviti sukan di negeri ini tidak berpisah dari roh membangun bersama Islam yang menjadi dasar pentadbiran kerajaan negeri,” katanya.




cuma yang atas nie tak berape sesuai untuk penyokong...

Ulasan

  1. harap2 jarak padang dengan penonton dijauhkan skit...

    BalasPadam
  2. kalau satu2 stadium tu khas tuk bola mmg jrak penonton n padang rapat...tp tuk keselamatan kene jauh cikit laa....moga2 dpt stadium baru nie..kite leh layan bola nga lebih best :)

    BalasPadam
  3. haha..nganying molek hok bowoh sekali tu :D

    BalasPadam
  4. bakpo tuh kena jarakkan..:)... wat longkang ok doh, mcm Stadium Shah Alam... xpun, nak elak dari lontar btol, pkai jaring mcm kat Amerika Selatan...

    BalasPadam
  5. Pusat Pelacuran popular di SERAMBI MEKAH KOTEBARU Kelantan, tidak sampai setengah kilometer dari Pejabat Tuan Guru Nik Aziz! apa sudah jadi???



    Video URL: http://youtu.be/r_7_l7ilURs


    Artikel penuh sila baca di sini dan di sini...


    Slogan terbaru PAS kini ialah "PAS Membangun Bersama Pelacur"
    Posted by Bro Jinggo at 2:00 PM
    Labels: Nik Aziz, PAS Kelantan, Pelacuran, Video Seks

    BalasPadam
  6. amal demo gano bro?
    staro mano iman demo?
    demo sajo cari pasal nih..

    BalasPadam
  7. baguslah kalau kelantan nak buat stadium baru...
    kemajuan yang terbaik...
    aku sebagai rakyat johor berbangga juga atas kemajuan bola sepak kelantan...
    tahniah...
    musuh dalam perlawanan je...
    dalam kemajuan kita bersahabat...


    *JOHOREAN.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular