KHIARY BERLAGAK HERO KAMPUNG

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mendakwa Khairy Jamaluddin kini bersandiwara dalam isu subsidi dan harga barangan berbanding dengan pendiriannya tiga tahun lalu dan yang terbaru berkenaan dengan isu biasiswa yang dibangkitkan oleh YB Wee.


Saifuddin berkata Ketua Pemuda Umno dan Barisan Nasional itu memperlihatkan pendirian menyokong kenaikan harga barang ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi memegang jawatan perdana menteri.

Dalam kenyataannya, Saifuddin berkata, secara luarannya ucapan Khairy dilihat menentang penarikan subsidi dan kenaikan harga petrol dan barang keperluan oleh kerajaan.

“Ucapan ini nampak seolah-olah lunak, tetapi sebenarnya tidak lebih dari sebuah sandiwara untuk berlagak jaguh rakyat terutama ketika pilihan raya umum semakin dekat.

“Soalan saya, kenapa Khairy sebagai seorang pemimpin utama parti Umno mengubah pendirian prinsipnya hanya dalam masa tiga tahun,” katanya.

Ulasan

  1. itu zaman pak mentua dia. kalu skang ni dia ckp ikut lagu pakatan ertinya dah terbuka mata hatinya.

    Dia nmpak kebenaranya.

    Bersangka baik lah dgn Allah. Ya muqollibalqulubbbbb..... Bukankah hati2 manusi ini milikNya? Tiada siapa yg dpt menghalang kalau dia nak mengubah hati2 manusia. Walau pun dia skrang ni berlainan kapal.

    Kalau allah menghendaki sekelipmata hati or pendirian manusia berubah. KJ ni makan masa 3 tahun. Ini sume kehendakNya. Mdhan2 dia memang dah dturning over oleh Allah sendiri.

    Kita sambut baik x plekeh apa yg dia ckp. Contohi cara nabi yg dipraktikan TGNA. Lembut berhikmah tapi tegas.

    Sblum jadi betul kena nmpak mcm betul. Serupa faham. Kena hampir kpd faham barulah kita faham.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular