KERAJAAN BERI JAMINAN RON 95 TIDAK NAIK

(Ini bukan berita semalam atau hari ini.... tapi berita 26 Februari 2011 dulu..)

KUALA LUMPUR: Sambil memantau perkembangan di Timur Tengah dengan rapi, kerajaan memberi jaminan tidak akan menaikkan harga petrol RON95 buat masa ini dan sebarang langkah seterusnya berteraskan keutamaan dan perkiraan berkaitan bebanan kepada rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, buat masa ini tiada langkah menaikkan harga petrol RON95 (kini RM1.90 seliter) kerana harganya ditentukan kerajaan berdasarkan subsidi manakala RON97 terapung mengikut harga pasaran.

“Kita memperuntukkan subsidi berjumlah RM10.3 bilion iaitu bajet untuk tahun ini, tetapi kalau tiada perubahan, jumlah subsidi kita akan meningkat dengan agak ketara.

“Apa jua keputusan yang kita akan dibuat, kita akan mengambil kira bebanan kepada rakyat…ini yang kita utamakan. Meskipun kita terpaksa mengeluarkan subsidi besar, tetapi kerajaan memahami bahawa apa yang kita fikirkan adalah soal belanja atau kos hidup rakyat yang perlu dikawal supaya kadar inflasi kita tidak meningkat lebih tinggi berbanding apa dihadapi sekarang ini.

“Kita tidak mahu rakyat merungut. Saya tak boleh nak kata apa-apa pada masa akan datang, tetapi buat masa ini, kita tiada cadangan untuk menaikkan harga minyak,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Tingkat 39, Menara Datuk Onn di sini, petang semalam.

.... lantak le korang.... janji rakyat didahulukan.....

Ulasan

Catatan Popular