JUANDA KELIRU... 'PAS PERLU JELAS BENTUK ISLAM YG DIPRAKTIKKAN'... ISLAM LAIN?

“PAS juga perlu perjelaskan dengan terperinci bentuk Islam yang mereka praktikkan"... saya agak keliru dengan kenyataan Mufti Perlis yang mempersoalkan bentuk Islam yang PAS yang hendak dibawa dan dipraktikkan di Malaysia... ada Islam lainkah? mungkin beliau keliru dengan Islam Hadhari yang dicanang oleh Tun Pak Lah yang akhirnya lenyap dek kehebatan 1 Malaysia.

KUALA LUMPUR, 11 Mei — Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menegaskan Umno dan PAS tidak wajar bercakap soal Islam sebagai agama rasmi negara selagi kedua-dua parti itu gagal melaksanakan pengisian program ke arah itu.


Tegas beliau, Umno dan PAS perlu memperjelaskan langkah atau tindakan yang akan diambil bagi meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara.

“Pada saya isu lebih mendasar dalam polemik ini ialah apakah program yang telah dan akan dilakukan oleh Umno dan PAS bagi mendaulat dan memperkukuhkan Islam di Malaysia menurut kaca mata al-Quran dan As-Sunah, jadi isu pendebatan Islam agama Persekutuan atau agama rasmi (negara) tiada makna jika tanpa pengisian.

“Demikian juga bentuk hak minoriti orang bukan Islam yang akan diberi, mereka belum teruji setakat ini... setakat mentadbir negeri-negeri Pakatan Rakyat, PAS belum buktikan ia bawa kelainan yang mendasar berbanding Umno,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Justeru kata Juanda, walaupun Umno berjaya menerapkan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran negara, namun ia masih gagal mengangkat martabat dan kedudukan Islam yang sebenar.

Tambah beliau, Umno dan PAS perlu membuktikan kepada rakyat melalui program-program yang dilaksanakan.

“Umno pula hendaklah jauh lebih progresif setelah penerapan nilai-nilai Islam berjalan hampir 30 tahun, hal ini akan memberi petunjuk kepada rakyat pihak mana yang akan mereka berikan amanah undi untuk melaksanakan kehendak kedudukan Islam yang disebut dalam Perlembagaan.

“Zaman retorik sudah berlalu, sekarang zaman buktikan program anda di atas kertas dan bumi nyata,” katanya.

Kata Juanda, Islam merupakan agama yang meliputi semua aspek dengan berpandukan al-Quran dan Hadis.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular