JAMIL KHIR IKHTIRAF LOGO HALALA PADA SUSU 1 M'SIA YANG TAK DIIKHTIRAF JAKIM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengikhtiraf logo halal yang terdapat pada kotak minumna susu 1 Malaysia yang sedang diagihkan pada murid-murid sekolah rendah di seluruh Malaysia. Logo halal dari korea itu hanya tertera tanda halal tanpa terdapat dari pertubuhan mana yang mengeluarkan logo tersebut. Menurut Jakim permohonan halal masih dalam proses pihak mereka dan pihak Jakim setakat ini tidak mengikhtiraf logo halal yang tertera pada kotak susu tersebut.

Beliau mengulas kenyataan Yang dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah Kebangsaan Kubur Panjang, Shaharol Niza Omar, berkata, logo halal yang terdapat di produk itu dikesan tidak menggunakan tanda halal dikeluarkan pihak Jabatan Kemajuan Islam (Jakim).

Menurutnya, pihaknya sendiri menghubungi bahagian Hab Halal Jakim dan mereka menyatakan produk itu masih belum mendapat sijil halal serta permohonannya masih dalam proses.

“Saya kesal kerana Kementerian Pelajaran (KPM) mengedarkan produk yang belum lagi mendapat sijil halal daripada Jakim kepada murid di sekolah.

“Selain itu juga, produk berkenaan didapati dikeluarkan oleh sebuah syarikat dari Korea, sedangkan seperti yang kita tahu Korea bukanlah negara pengeluar tenusu dunia,” katanya ketika ditemui media, semalam.

Shaharol Niza berkata, sedangkan sewaktu pelancaran Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 16 September 2010 menyatakan susu itu akan dibekalkan pengeluar tempatan.

Ulasan

  1. huhuhuhu.. terbongkar lagi... Kata nak bagi syarikat tempatan.. tapi rupanya bagi dekat syarikat luar. Rakyat didahulukan ker??? Logo halal macam mana?? duk sibuk check sana sini pasal logo. Tapi yang program sendiri bleh terlepas. Patut atau tak patut... Fikirlah sendiri... Buat undang-undang tapi sendiri langgar.. hehehe

    BalasPadam
  2. janji masyukkkkkkkk

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular