3 Mei 2011

ISLAM LARANG SEMADI MAYAT OSAMA DI LAUT
abu nu'man3 Mei 2011 0 Komentar

Islam menentang pengkebumian di laut selepas pegawai Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan kenyataan bahawa pengasas dan ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden telah disemadikan di laut semalam, demikian menurut jurucakap Universiti Al-Azhar.


Laporan Reuters menyebut jenazah Osama telah disemadikan di utara Laut Arab mengikut upacara dan tradisi Islam.

Osama terbunuh dalam serangan pasukan AS di timur laut Pakistan awal pagi semalam (waktu Malaysia).

“Jika benar mayat itu (Osama) telah dicampak ke dalam air, maka Islam menentang sepenuhnya perkara itu,” kata Mahmud Azab yang juga merupakan penasihat Imam Besar Al-Azhar, Sheikh Ahmed al-Tayeb dipetik AFP sebagaimana disiarkan Utusan Online hari ini.

Sheikh Ahmed berkata, setiap mayat jika menjadi mangsa bunuh atau mati secara semula jadi mesti dihormati.

Mayat penganut agama atau tidak, Islam atau Kristian, mesti dihormati.

“Islam hanya membenarkan pengkebumian di dalam tanah kecuali kes yang tidak boleh dielakkan seperti mati lemas,” jelas beliau.
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

0 Komentar

Catat Ulasan

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.