“Insya-Allah dengan berkat doa tok guru, datuk.."

KOTA BHARU: “Saya kini berdoa, insya-Allah Tuhan akan makbul,” titah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V ketika menjawab soalan bila baginda akan memiliki permaisuri, sekali gus membayangkan Kelantan bakal mempunyai Raja Perempuan.

Baginda bertitah demikian pada sidang media khas di Istana Negeri, Kubang Kerian di sini, petang kelmarin, yang pertama kali diadakan sejak dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan pada 13 September lalu.

Sidang media itu memberi peluang kepada wartawan bertanyakan pelbagai soalan termasuk mengenai Yayasan Sultan Kelantan yang akan dilancarkan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, esok.

Baginda bertitah, dengan berkat doa rakyat dan pembesar negeri, persoalan berkenaan boleh menjadi kenyataan.

“Insya-Allah dengan berkat doa tok guru, datuk (pembesar negeri), insya-Allah berjaya, (memiliki permaisuri),” titahnya sambil tersenyum.





Ulasan

  1. Aku tiap2 kali bace sal Sulta Muhammad V mesti nak ngs.. terharu kot..

    BalasPadam
  2. satu2nya sultan kesayangan aku.

    Salam dari Johor

    BalasPadam
  3. Sultan kesayangan ku juga w/p rakyat negeri lain.

    Salam dari Selangor

    BalasPadam
  4. Aku pun terasa sayunya melihat Baginda berjiwa rakyat. Takbir

    BalasPadam
  5. walaupun aku rakyat perak tapi terasa sultan kelantan macam sultan aku sendiri..aku pun sayang kat dia..aku nak dia jadi sultan negeri aku jugak.

    BalasPadam
  6. Aku dok kl tak ada sultan. Aku respek sultan kelantan sahaja.

    BalasPadam
  7. Allah selamat kan Sultan kelantan dan sultan kedah...amin.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular