HAKIM : TERPAKSA ATAU DIPAKSA?

PANAS!!

Kau dipaksa untuk menurut kata
Sang penguasa zalim rakus kuasa
Sedangkan hati kecil meronta
Kezaliman tapi tak terdaya

Namun apakah itu semua cukup
Memuaskan hati sang penguasa
Atau hati sendiri merasa
Terpaksa dalam paksaan
Tersepit dalam penyepit
Tersangkut dalam penyangkut
Terhenyek dalam tempeyek

Sudah puaskah hatimu Zabidin Mohd Diah
Sudah lupakah kau akan hadith Nabi
3 dari 4 hakim akan terperosok di dasar neraka
Aku cuma ingin bertanya
Apakah kau sudah sedia dengan azab-Nya??

JALAN PULANG


Kes Anwar : Hakim Terima Segala Keterangan Saksi Pendakwaraya

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zabidin Mohd Diah dibidas peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tindakannya menerima kesemua keterangan yang diberikan oleh saksi pendakwaan walaupun mendapati sebahagiannya tidak konsisten.

Mengulas keputusan Zabidin bersabit perbicaraan kes fitnah liwat 2 itu pagi tadi, Sankara Nair mempersoal kredibiliti hakim tersebut yang dilihat gagal menyaring maklumat kurang tepat yang dikemukakan 26 orang saksi pendakwaan sepanjang perbicaraan.

Ini berikutan jelasnya terdapat beberapa insiden yang mencatatkan saksi utama, Saiful Bukhari Adzlan menukar kenyataan berhubung dakwaan perbuatan liwat oleh Anwar pada hari kejadian 26 Jun 2008 di Kondominium Desa Damansara.

"Kita dapati ianya menyedihkan kerana anda(hakim) boleh percaya kesemua yang dinyatakan saksi pendakwaraya. Mungkin ada satu atau dua yang anda tidak boleh percayai sebab bukan semua orang memberitahu perkara betul.

"Tapi ia amat mengejutkan kerana beliau percaya kesemuanya namun saya tidak dapat memberi komen lanjutan sebab kes ini masih pra-matang. Selepas kita masuk ke peringkat membela diri dan kita akan membuat komen selanjutnya," kata beliau sejurus keluar dari galeri awam.

Berdasarkan nota kes yang dibacakan oleh Zabidin dalam mahkamah, beliau mendapati cubaan peguambela menggambarkan saksi utama iaitu Saiful tidak berwibawa adalah tidak relevan.

Ini katanya, sekiranya mahkamah menerima cadangan tersebut maka tertuduh akan dibebaskan serta merta.

"Jika mahkamah mendapati PW1 (Saiful) sebagai saksi tidak berwibawa, maka tertuduh akan bebas. Tidak mengejutkan peguambela cuba menggambarkan PW1 sebagai seorang yang tiada kredibiliti. Denga rasa hormat, saya mendapati ianya tidak relevan," ujar Zabidin.

Saiful dalam keterangannya sebelum ini berkata telah dipaksa oleh Anwar melakukan liwat namun didapati seolah-olah selesa diperlaku sedemikian apabila hadir ke pejabat Ketua Pembangkang keesokkan harinya tanpa perasaan trauma.

Saiful juga mengaku minum kopi dan makan karipada di kondominium berkenaan selepas kononnya dipaksa liwat oleh Anwar.

Hakim menetapkan 6 hingga 30 Jun 2011 untuk mendengar hujah pembelaan termasuk saksi-saksi yang akan dipanggil.

Pasukan peguambela akan memanggil Perdana Menteri Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor sebagai saksi diikuti Mumtaz Jaafar dan Ezam Mohd Nor yang ditemui Saiful selepas kejadian.



Video ihsan Malaysiakini TV

Ulasan

Catatan Popular