BOMOH 71 TAHUN ROGOL ANAK TIRI..
[UM] IPOH 5 Mei – Seorang bomoh berusia 71 tahun tergamak merogol anak tirinya yang berusia 24 tahun dengan alasan kononnya ingin menurunkan ilmu yang diamalkan kepada gadis tersebut.
Lebih menjijikkan, perbuatan tersebut dipertontonkan kepada ibu mangsa.
Tidak tahan dengan perbuatan tersebut dan ugutan lelaki itu untuk membunuh ibunya, mangsa membuat laporan polis pada 13 Februari tahun lalu menyebabkan bapa tirinya ditahan polis.
Hari ini, warga emas itu yang bekerja sebagai penoreh getah menerima pembalasan apabila dihukum penjara 15 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas disabitkan kesalahan merogol anak tirinya itu.
Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum enam tahun dan maksimum 20 tahun serta boleh dikenakan sebatan.
Mahkamah memerintahkan hukuman penjara berkuat kuasa mulai tertuduh ditahan reman pada Februari 2010.
Tertuduh diwakili peguam bela Ranjit Singh manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhaimin Aris.
... NIE MESTI KES MAKAN VIAGRA....
mengancam maa
BalasPadamada kata nuar tak mampu nak rogol/liwat/zina sbb ada sakit belakang. Ni datuk ni yang dah 71tahun masih steady jer. datuk tu lg tua dari nuar. stamina nuar pun nampak lagi kuat dari datu 71thn ni. tak logik langsung kalau alasan sakit blkg dijdkn hujah agar kita tidak mmpcayai perbuatan tkutuk!
BalasPadam