TGNA JEMPUT SEMUA DATANG KELATE (NEGERIKU)
KUALA LUMPUR, 25 April – Di sebalik desas-desus pilihan raya umum ke-13, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengundang pihak mempertikaikan kerajaan Kelantan agar datang sendiri termasuk menghadiri kuliah Jumaat untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang pentadbiran negeri itu.
“Menjelang pilihan raya umum ke-13, kami menjemput anda semua untuk datang ke Kelantan dan menyaksikan sendiri bagaimana Pakatan Rakyat melalui PAS memerintah Kelantan,” kata Mursyidul Am PAS (gambar) ini.
“Dan, bandingkan sendiri dengan negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional (BN), apakah benar Kelantan seperti mana yang dilaporkan media milik BN... anda semua boleh datang dan menilainya sendiri,” kata Menteri Besar Kelantan dalam laman Facebooknya hari ini.
Selain itu, kata Nik Aziz, pihak yang mempertikaikan pencapaian kerajaan negeri Kelantan boleh menemuinya pada program Medan Ilmu, Kota Baru Jumaat ini.
“Anda dialu-alukan untuk datang ke Medan Ilmu pada pagi Jumaat,” kata beliau yang mengetuai pentadbiran kerajaan negeri sejak 1990.
Kerajaan negeri Kelantan di bawah pimpinan PAS telah menjadi pertikaian dan bahan serangan Umno-BN sejak sekian lama.
Umno Kelantan sebelum ini juga mendakwa kerajaan negeri Kelantan tidak bersih ekoran pendedahan yang dibuat Utusan Malaysia mengenai loteri “big sweep” dan juga aktiviti pelacuran di negeri itu.
... Apa cer? kes yang kata umah pelacuran 'hampir 20 tahun'? senyap je... betul ke tue umah pelacuran seperti didakwa? nak gak tau perkembangan wahai YB Datuk Mustafa Jeli....

Ulasan
Catat Ulasan