7 Apr 2011

TERUSKAN KERJA UNTUK PRN SERAWAK : TGHA
abu nu'man7 Apr 2011 1 Komentar

Ustaz Abdul Hadi berkunjung ke kawasan Gerai Minum Bumiputra di Pusa, diiringi oleh Wan Rahim,  petugas pilihanraya PAS di Dun Beting Maro dengan sambutan dari penduduk sangat baik

PAS mengajak seluruh petugas, ahli dan penyokong parti dalam Pilihanraya Dewan Undangan Negeri (PRN) Sarawak ke-10 untuk memfokuskan kepada gerakerja mendekati pengundi dan seterusnya mengajak mereka untuk membuat perubahan bersama PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kali ini.


Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, mengingatkan kepada seluruh petugas pilihan raya yang diamanahkan menjalankan tugas gerakerja pilihan raya ini, janganlah berlengah lagi untuk turun membantu, kerana kerja buat kita dalam pilihan raya adalah satu jihad yang sangat besar ertinya kepada perjuangan PAS itu sendiri.

"Saya juga ingin memperingatkan kepada semua, sepanjang tempoh berkempen dan pilihan raya ini sudah tentunya fokus kita akan cuba dipesongkan menerusi provokasi, fitnah dan pembohongan yang diaturkan sebegitu rupa melalui media cetak dan televisyen sepanjang masa.

"Jangan sekali-kali kita terpedaya dengan permainan lawan kita, dan biarlah mereka pula yang mengikut rentak kita yang bersama dengan rakyat," tegas beliau kepada Harakah.

Kata Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang, Terengganu, mesej yang ingin disampaikan kepada pengundi mestilah jelas dan mudah difahami oleh mereka.

Beliau berkata, PAS jangan membazirkan masa untuk menjawab dan terperangkap dengan isu remeh yang dirancang oleh pihak lawan, tetapi dalam masa yang sama, jangan sekali-kali kita membiarkan kepayahan dalam melaksanakan tugas ini mengganggu tugas dan amanah kita dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 ini.
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

1 ulasan:

  1. waLa' Lah pd pimpinan kita insya...berjaya !

    BalasPadam

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.