CERITA SEBENAR KES MURID 7 TAHUN MATI DIPUKUL USTAZ!

Sebelum ini kita digemparkan dengan kes kematian seorang murid 7 tahun yang dipukul oleh ustaznya. kita baca bagaimana ‘jahat’nya guru tersebut dengan pendedahan media seperti,

“Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu’ dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung” – harian metro-

 
“Saiful Syazani meninggal dunia selepas tiga hari dilaporkan koma, akibat dibelasah guru yang juga seorang warden di sekolah agama persendirian selepas disyaki mencuri RM7 di asrama sekolah. Dalam kejadian Khamis lalu itu, mangsa diikat kedua-dua tangan pada tingkap dan dibelasah bertalu-talu sebelum dihempas ke dinding hingga menyebabkannya mengalami pendarahan organ dalaman” – JPM Malaysia -

Setelah kita mengikuti kes tersebut melalui media yagn membuat liputan, maka kita telah menghukum dengan rasminya bahawa sungguh jijik dan jahat perbuatan guru tersebut.

Namun disana, saya masih curiga akan kisah yang berlaku. Dengan izin dan kesempatan yang diberikan Allah, telah menggerakkan hati saya dan pimpinan GAMIS ( Akram dan Nazry ) melawat tempat kejadian dan rumah arwah di Jejawi, Perlis. Kami kesana atas kerja rasmi GAMIS dan berkesempatan menziarahi rumah arwah.

CERITA SEBENAR

Setibanya kami di sekolah berkenaan, ustaz waqar ( sahabat baik kepada guru agama yang dituduh ‘membunuh’)menyambut kami dengan mesra dan penuh ukhwah. Kami terus dibawa kerumah ayah angkat arwah terletak lebih kurang 6km dari sekolah berkenaan. Sepanjang perjalanan, ustaz waqar telah mencerikan kisah sebanar kejadian.


“ adik saiful(arwah) merupakan seorang yang mesra dengan orang. Dia agak aktif disekolah dan pernah menjadi Johan pertandingan azan PASTI peringkat negeri Perlis(gambar hadiah yang dimenangi). Setelah masuk ke darjah 1, dia tinggal diasrama. Namun timbul beberapa kes disiplin sepanjang adik ni tinggal diasrama hinggalah pada kemuncaknya dia didapati mencuri wang rakannya berjumlah RM7. Maka dia telah dipanggil oleh ustaz (yang dituduh) yang merupakan warden asrama ke bilik warden. Ustaz telah bertanya kepada adik saiful tentang kecurian wang rakannya, dan dia mengaku berbuat demikian. Semasa pertanyaan diajukan, ustaz berkenaan telah mengikat kedua-dua tangan adik saiful dibahagian hadapan, bukan belakang.


Namun sepanjang berada dibilik warden tersebut, TIDAK ADA penderaan fizikal yang berlaku sebagimana yang dilaporkan. Sebaliknya ikatan tangan tersebut dibuka setelah ustaz berkenaan ingin keluar dan mengurung adik saiful dalam bilik berkenaan. Setelah 2 jam ditinggalkan, seorang lagi warden, ustaz y telah membuka bilik berkenaan dan mendapati adik saiful terbaring diatas toto sambil menggigil. Mulanya ustaz y mengesyaki adik saiful terkena sawan dan kacing gigi, namun beliau sendiri tidak pasti akan penyakit yang menyerang. Lantas ustaz Y terus membawa adik saiful ke hospital Kangar, namun pihak hospital tidak dapat menerima pesakit kerana banjir melanda Bandar Kangar pada masa itu. Seterusnya adik saiful dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star dan terus dimasukkan ke wad ICU.


Pada malam kejadian itu juga ustaz h telah menemui ayah angkat adik saiful dan memohon maaf atas kesilapan dia mengurung arwah selama 2 jam. Sebelum ustaz h pergi kehospotal, dia terkejut dengan berita bahawa adik saiful dimasukkan ke icu, lantas dia terus menunaikan solat hajat”.


Selang 3 hari dari hari kejadiaan, adik Saiful dipanggil oleh Allah untuk mengadapnya pada jam 8pagi hari ahad.”


Begitulah cerita sebenar kejadian kematian adik saiful yang telah diceritakan oleh rakan baik ustaz h. Kami terus pening kerana banyak percanggahan maklumat yang dibaca melalui media sebelum daripada itu. Kami terus sampai kerumah Abang Zamri(ayah angkat adik saiful). Ketibaan kami disambut mesra oleh abang zamri yang kelihatan pasrah dan redha akan ketentuanNya. Adik saiful tinggal bersama keluarga Abang Zamri sejak umur 2 tahun setengah, setelah bapa adik saiful tidak mahu membelanya setelah kematian ibu adik saiful. “ dia seorang yang berani dan tak takut apa yang orang kata. Dia memang keras dan keberanian dia tak padan dengan umur dia” cerita abang zamri.

Setelah setengah jam berbual dengan abang zamri, kami pun memohon izin untuk pulang. GAMIS sempat menyampaikan sedikit bantuan kepada abang zamri atas musibah yang menimpa. Kami doakan agar abang zamri dan keluarga tabah dan sabar menempuh ujian yang mendatang.

Semasa perjalan pulang, ustaz waqar sempat menyambung ceritanya tadi.Maka sebab itu, pelbagai cerita pelik yang timbul. Saya rasakan apa yang diceritakan oleh ustaz w adalah benar setelah melihat laporanforensik yang diberitakan bahawa punca kematian adik saiful adalah kerana kekurangan oksigen dan pendarahan dalam otak. Maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku, namun nyata sekali tidak ada kesan LEBAM akibat pukulan yang berlaku sebagimana yang dilaporkan oleh media tetapi meninggal akibat kekurangan oksigen.

Kami juga dibawa melihat bilik warden yang dikatakan tempat adik saiful dikurung oleh warden berkenaan. Bilik tersebut bukan hanya pejabat, bahkan tempat tidur ustaz berkenaan. Banyak lagi persoalan yang timbul disebalik kejadian berkenaan, namun Allah sahaja yang mengetahui kebenarannya.

Apa yang sangat menyedihkan ialah apabila masyarakat telah ‘menghukum mati’ peribadi ustaz berkenaan yang hanya dituduh dan ditohmah oleh media yang sanga berat sebelah. Yang lebih teruk lagi bila politikus menjadikan isu ini sebagai senjata politik hingga mendesak sekolah agama berkenaan ditutup.

GAMIS bukan membela tindakan ustaz bekenaan, namun apa yang kami harapkan ialah keadilan mesti diberikan kepada mereka yang terlibat. Media jangan cepat mnghukum hingga masyarakat pada hari ini memberi tanggapan yang sangat negatif kepada sekolah agama rakyat. GAMIS juga mendesak agar jangan libatkan politik yang melampau dalam kes ini hinggalah mahkamah yang menentukan siapa yang bersalah dalam kes berkenaan. Kita doakan agar keadialan diberikan kepada mereka yang berhak, dan pembalasan yang sepatutunya kepada yang zalim.

sumber asal : http://kasturi89.wordpress.com/2011/04/11/kematian-adik-saiful-apa-ceritanya/

Ulasan

  1. Tidak meyakinkan cerita ustaz ini. Macam kejadian itu berlaku tanpa sebab.

    BalasPadam
  2. Tang ustaz pas salah plak bile di politikkan...tp tang ko beria benar nak politikkan isu awah sarbani tu ape citer?....tp kubur masing2 kn...sindri jwb la nnti...

    BalasPadam
  3. DUA-DUA ANONYMOUS DI ATAS BAWA-BAWALAH BERTENANG.....INGAT ALLAH...JANGAN MENDAHULUI TAKDIR....BERIKAN SATU KEJADIAN DI MUKA BUMI INI YANG TERKELUAR DARI KETENTUAN ALLAH!
    JANGAN NAK TUDING USTAZ PAS KE USTAZ UMNO KE....INGAT SIKIT QIAMAT KECIL KITA....
    Maaf bukan nak mengajar cuma sama-sama kita renungkan...minta maaf sangat-sangat.

    BalasPadam
  4. DUA EKOR DI ATAS TU ORANG UMPORNO

    BalasPadam
  5. negara ktia telah di asuh utk 'trial by media'..dan bagi polis pula walaupun buat kerja dgn baik dan jujur orang ramai dah tak percaya..malang juga bagi ustad2 kerana sudah ramai sangat yang terlibat dengan rogol, rasuah jadi pandangan orang ramai pun dah serong..seba ramai yang bawak imej ustad bersongok berkopiah berjubah tetapi perangainya memalukan pakaiannya...

    apa2 pun..kalau nak dipikirkan lah kan..kenapa sampai perlu ikat2 tangan , budak tu umur 7 tahun saja, kalau di sergah pun dah boleh terkencing dalam seluar..kurung budak sampai 2 jam, dalam bilik tidur dia pulak..apa hal???
    lebih baik la kawan2 ustad itu tidak 'tolong menerangkan' apa yg 'sebenarnya'terjadi ...lebih banyak cakap lebih banyak silap.. ada musang berbulu ayam, ada musang berjanggut..kita tangok sejauh mana proses perbicaraannya nanti boleh membawa keadilan kepada si mati dan tertuduh..

    BalasPadam
  6. apa apapun jgn percaya langsung dgn apa yg dipaparkan akhbar pro umPORNO..kalau korang beriman dgn akhbar berkenaan faham faham sahajalah..jd hampagaslah korang!

    BalasPadam
  7. ustaz pas bendanya... murid tue dah darjah 1... dah lepas sekolah PASTI daaa

    BalasPadam
  8. Tak payah nak memandai nak bela sesiapa, kan dah jadi kes mahkamah, seselaikan di mahkamah saja la. Sesaorang itu belum dikira bersalah selagi belum dibicarakan dan belum dijatuhkan hukuman. Tok sah dok banyak cakap lah..

    BalasPadam
  9. Ceritalah cerita sebenar ini di mahkamah bukan di laman bloger begini.

    BalasPadam
  10. 'Cerita sebenar' yg dah terlewat!

    Apai apo dok khabar awal? Lembab! Lembab!Lembab!

    BalasPadam
  11. Lagu tu lah....cerita sbnor nyo!

    Yg demo reka cerita mace2 ttg Taib Mahmod kat Sarawak lagu mano?

    Certo Taib yg sbnor nya demo tutup mato,tutup lingo!
    Hok seguntinyo fitnoh? tido fitnah,make fitnoh....dok fitnoh lako2 puak ni!

    Bilo hok kna bate idung sndri ga...baru tau demo lgit tinggi rendah nyo!

    Pade muko demo!!!

    BalasPadam
  12. Salam, yg telah meninggal tetap meninggal kta yg hidup ini perlu teruskan dan bg ustaz yg dituduh membunuh atau pon membunuh, biar mahkamah yg tentukan kerana negara kita ada undang2 dan setip keputusan yg dibuat berdasarkan fakta dan bukti,,, jgn sesekali kita memfitnah seseorang tanpa bukti kerana fitnah itu juga umpama membunuh...

    BalasPadam
  13. cerita akhir zaman...

    BalasPadam
  14. cerita nie macam tipu jekk... ke blogger nie karang sendiri cerita??? apa2 pun sama2la kita medengar hasil siatan dari pihak mahkamah

    BalasPadam
  15. ha..bgusla malaysia skang ni..org ni kutuk org tu,org tu kutuk org ni..kite sbg rakyat yg jg mangsa tp pelik ar,kate PAS tp mengutuk org bley tahan gak kn..euwwww..

    BalasPadam
  16. yg menghairankan, kenapa tgn arwah diikat....perlu ke? budak 7 tahun, kuat manalah sangat kalau melawan pun.
    tindakan mengikat tgn ini pun dah jadi tanda tanya...kenapa tak tanya terus pada suspek berkenaan tentang apa yg sebenar berlaku...orang agama tak boleh menipu...tak gitu?

    BalasPadam
  17. baik punya tajuk. "CERITA SEBENAR". tak susah nak taip perkataan tu. segalanya di hujung jari.

    BalasPadam
  18. tukar tajuk lain la der. ini dah macam kes 'trial by media'

    BalasPadam
  19. GOLONGAN UMNO LAKNATULLAH BERAMBUS KAMU DARIPADA BLOG INI!!!!!!!!!

    BalasPadam
  20. Hanya Allah Yang Maha Tahu... Jawablah di akhirat sana...

    BalasPadam
  21. GUA PUN ADA "CERITA SEBENAR".

    BalasPadam
  22. Sesungguhnya Syurga itu adalah tempat eksklusif buat orang2 PAS, PKR & DAP. Cuma aku pelik mcm mana DAP dah psycho Ahlul2 PAS, sampaikan suami istri anak-anak, ikut pakai t-shirt roket DAP & bersemangat membawa bendera DAP. ehehe, sempoi gak la korang neh.. DAP tuh adik PAP. PAP tuh dah lapok dah kalo di Singapore neh... orang dah muak dah.

    Kat Malaysia, baru ja nak puja2 DAP.. cummon laaa... kat mana simetrikal ISLAM dgn KOMUNIS kalo bukan cuma utk kepentingan politik Pok Nik & Hardy??? PAP tuh proxy Zionist, yang hari2 bunuh umat Islam di Palestine. Korang berpakat dgn DAP = PAP = KADIMA & LIKUD proxy (Benjamin). Kenapa lah Rendah betul Ahlul2 PAS nya minda.. bermusuh ngan melayu, baik ngan Zionists, sama gak la dgn PKR. Check la kronologi Strauss Kahn's, Wolfensohn, Wolfowitz & Zoellick- apa kaitan ngan Anwar Ibrahim yang korang sanjung melangit...

    Nak sokong, sokong gak la... takyah la guna nama ISLAM utk merosakkan Institusi ke-Islaman itu sendiri. Apa sumbangan PAS utk pembangunan Islam sejagat Asia?? Timur Tengah?? Dunia??? Kalo kat lokal neh... tak yah citer aaa, kalau dah Lee Kwan Yew tu lagi mulia dari orang melayu.. apa lagi yg tinggal bro??

    Hak keistimewaan orang melayu pun korang nak hapuskan... nak bagi sama rata dgn Cina India DAP. Kalo di Thailand & Indonesia hak sama rata utk semua tak kira Cina India @ Islam. Kat Malaysia pun boleh buat gak, tapi kena lihat angle lain, nama kena tukar nama Melayu mcm Indon&Thai, tak kira CINDIA, Sekolah tadak lagi TAMIL,CHONG HWA, MIN NAM.... dalam dunia ni.. mana ada negara lain buat macam Malaysia dah buat, bagi skolah bagi macam2.. tapi kalo dah sifat perkauman menebal.. nak segala, kalo boleh nak halau orang Melayu/Islam keluar dari malaysia. & PAS/PKR sokong!! Kenyataan beb..

    Satu lagi.. kalo di Thailand & Indonesia, cakap bahasa ibunda negara ja.. India ka Cina ka Christian ka suma cakap sama.... kat Malaysia ni, kalo dah nak sama rata... belajar la cakap bahasa Melayu dulu bagi fasih - cakap melayu sama macam Chinese Thai cakap Siam, sama macam Chinese Indonesia ngomong Bahasa Melayu - yang ni termasuk juga la Nik Aziz, sebab bahasa Melayu pon berterabur, English??? ehehe paham2 la... takyah cerita glokal realiti la.. kalo tak cinta negara sendiri.

    Bagi aku - pemimpin yang hebat itu utk penyokong yg hebat2... macam tu lah juga dgn pemimpin yg rosak akhlak, penipu, pendolak-dalih, yg cuba lari dari kebenaran secara terang-terangan, tapi masih diangkat utk jadi pemimpin - hahahah, suruh bersumpah - takmo; suruh polygraph - takmo jugak; suruh tunjuk jam omega - ada tapi nak buat apa tunjuk (tak tunjuk gak) ---- kalo tak mo kasik DNA tu apa maknyanya bro??? .. takkan kena jadi roket scientist dulu baru boleh trace yg ni kut??

    ..... don't blame others for your own stupidities .... mengaku jer la.. ada gak ruang utk perbaiki kelemahan sendiri/bermuhasabah.

    Aku pon tatau post ni boleh lepas.. ahahah!

    BalasPadam
  23. subhanallah..ini fitnah! tulis "cerita sebenar" tp ustax tersebut dah dipenjara 18 tahun. laporan polis da terang ckp ada pendarahan dalaman.
    ingat ya akhi, kita semua akan disoal dgn apa kita ttulis.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular