REVOLUSI 13.. BLOGGER RAKYAT UNTUK RAKYAT




Hasil Pemukiman Blogger Rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat pada 2 dan 3 April lalu di sebuah hotel terkemuka di Selangor, berjaya membentuk satu gagasan "Revolusi 13" bagi mencetus dan membangkitkan kesedaran akal di kalangan rakyat untuk menolak Umno-BN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) 13 tidak lama lagi.
Hasil pembentangan dua kertas kerja oleh Prof Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah, Pengasas Zentrum Future Studies dan Dato' Kamaruddin Jaafar selaku Pengarah Urusan Harakah, lebih 50 blogger bersepakat untuk mengangkat Gagasan Revolusi 13 sebagai agenda siber meledakkan rasa tangungjawab di kalangan rakyat agar bangkit menyokong Pakatan Rakyat habis-habisan dalam PRU-13.

Ketika menyempurnakan ucapan penutup, Exco Penerangan Kerajaan Kelantan, Dr. Mohd Fadzli Dato Hassan menyifatkan gagasan Revolusi 13 sebagai medium efesyen dalam usaha Pakatan Rakyat menanamkan rasa yakin untuk rakyat mengekal dan meningkatkan momentum terhadap Pakatan Rakyat.

"Kesediaan para blogger amat kami hargai. Anda telah lakukan secara sukarela selama ini membantu Pakatan Rakyat. Usaha blogger yang berterusan, telah mencetuskan celik politik yang tinggi di kalangan rakyat untuk berubah dan menolak Umno-BN," kata Dr. Fadzli. Foto: Dr Fazdli sampaikan cenderahati kepada Dr. Abu Hassan Hassabullah.

Terdahulu, Abu Hassan menyarankan agar para blogger pro-Pakatan Rakyat bersatu mencetuskan ledakan baru atas nama "Revolusi 13" bagi menggempur fakta fitnah dan palsu media online disamping menguasai semula kuasa hebat media baru secara dominan di sebelah Pakatan Rakyat.

Gagasan Revolusi 13 akan menggunakan tagline "Selamatkan Rakyat, Bebaskan Malaysia" dengan melancarkan website khas dan menyatukan blogger seluruh negara dalam masa terdekat. Pada hari akhir pemukiman, Editor Berita Harakah, Datuk Tarmizi Mohd Jam dipilih menjadi Presiden Gagasan Revolusi 13 dan dibantu 13 exco daripada kalangan blogger.

Beliau berharap, agenda ini akan mencapai matlamat dengan dokongan kuat ketiga-tiga parti PAS, KeADILan dan DAP dalam merialisasikan hasrat untuk menyelamatkan rakyat dan membebaskan Putrajaya dari cengkaman Umno-BN. Foto: Dato' Kamaruddin menjawab beberapa soalan yang ditimbulkan blogger.

Abu Hassan pula percaya, kuasa blog mesti diperkasakan dengan medium utama seperti facebook, twitter, newsign dan youtube bagi merancakkan kempen-kempen PRU-13. Tegasnya, Revolusi 13 harus didominasikan dengan medium youtube yang kini berkembang pesat dan diminati rakyat. Kuasa youtube diyakini mampu meledakkan perubahan drastik di kalangan rakyat jika ia diuruskan dengan baik.

Sementara itu, Kamaruddin dalam pembentangannya, mahu para blogger bekerja keras mendedahkan isu-isu rakyat yang sering dimanipulasikan oleh Umno-BN agar mereka faham dan ada kesedaran dalam hal tersebut.

Sumber : http://sanggahtoksago.blogspot.com/

Ulasan

Catatan Popular