POLIS BOCORKAN VIDEO KEPADA BLOGGER UMNO?

"Bagaimana maklumat tersebut bocor kepada blogger dan disiarkan di dalam internet?"- Rafizi Ramli.

KUALA LUMPUR: KEADILAN mendesak pihak polis menahan dan menyoal siasat pemilik laman web dan penulis blog yang menyebarkan sedutan rakaman video fitnah yang mengaitkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Pengarah Strategi dan Politik, Rafizi Ramli berkata, polis dan pimpinan Umno-Barisan Nasional merestui perbuatan individu tersebut, sebagai sebahagian dari perancangan jahat untuk menjatuhkan Anwar dan Pakatan Rakyat.

“Mengapa sehingga kini polis tidak memanggil blogger Papagomo tersebut dan lain-lain yang menyebarkannya?,”

“Sedangkan ketiga-tiga saksi (Datuk T) mengakui, selain dari pihak polis, hanya mereka yang mempunyai salinan video. Soalnya, bagaimana maklumat tersebut bocor kepada blogger dan disiarkan di dalam internet?,” katanya kepada Keadilandaily.com

Rafizi mendakwa seolah-olah wujud ‘kerjasama’ di antara pihak berkuasa dengan rangkaian blogger yang membocorkan video fitnah itu yang kini masih dalam siasatan pihak polis.

“Bahkan kita lihat, kenyataan polis turut berbaur politik. Tidak lain tindakan ini merupakan sebahagian dari konspirasi politik bertujuan untuk mencalar kredibliti Ketua Umum KEADILAN,” ujarnya.

... Kan Polis Malaysia terbaaaikkk....

Ulasan

Catatan Popular