MASALAH KALAU AZMIN PERCAYA MEDIA UMNgoK

Setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata timbalan presiden PKR, Azmin Ali tidak seharusnya melenting dan dengan mudah mempercayai apa yang dilaporkan dalam media arus perdana berhubung ulasannya mengenai kes video seks.


Mustafa berkata, Azmin tidak seharusnya mempercayai apa yang disiarkan oleh media 'milik Umno' semalam yang menyebut PAS akan menyemak semula hubungannya dengan PKR ekoran skandal video seks yang dikaitkan dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Media arus perdana, kata Mustafa, hanya mahu memecah-belahkan gabungan Pakatan Rakyat.

"Lihat laporan dalam media bukan milik Umno atau BN seperti Harakah dan yang lainnya, yang lebih bertanggungjawab dalam laporan mereka dan memberi gambaran yang lebih jelas," katanya kepada Malaysiakini.

Semalam, Azmin membidas laporan yang memetik Mustafa berhubung video seks yang dikaitkan dengan Anwar.

Ulasan

  1. Hang suruh kita boikot media arus
    perdana tapi hang sendiri kena
    belit!!Apa kes???

    BalasPadam
  2. 3 olang anak ALI Dlm PR memang bikin manyak ploblem..macam se olang anak Ali dalam itu bebas punya parti..

    1.yg pak mus gatal nak buat PC tu buat apa..saja cari penyakit
    2. pak min pun sama tak de kepentingan pun nak respond PC mustafa ali tu..

    3 org anak pak ali ni sepatutnya tiada lagi dlm Senarai MP or adun for the next election

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular