7 Apr 2011

Macam "suara syaitan": MP Pakatan Rakyat kecam Utusan Malaysia dan Kosmo cetak gambar kononnya "Anwar berzina" dengan niat jahat
chedet7 Apr 2011 2 Komentar



Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menyelar tindakan dua akhbar arus perdana yang menyiarkan secara terbuka gambar seperti yang dirakamkan dalam video seks, 5 April, yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap sewaktu sidang media di lobi Parlimen 5 April lalu, Ahli Parlimen Baling, Ustaz Dato' Taib Azamuddin Mohd Taib melahirkan rasa kecewa dengan tindakan akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo yang seharusnya menaikkan martabat orang Melayu tetapi sanggup menggadaikan maruah bangsa dan agama demi kepentingan pihak tertentu.

Katanya, semua pihak harus sedar disebabkan segelintir pemimpin politik yang berjiwa besar dan rakus hanya untuk menjaga kuasa dan kedudukan mereka, tindakan seperti ini sanggup dilakukan sehingga sanggup menggadai maruah bangsa dan Islam.

Katanya lagi, walaupun tindakan menyiarkan visual kelakuan seks berkenaan bertujuan untuk menjatuhkan pemimpin pembangkang dan Pakatan Rakyat, pemimpin ini juga telah menggadai imej Malaysia di mata dunia terutama masyarakat Melayu dan Islam.

"Apabila disiarkan gambar daripada video ini, ia seolah-olah turut menggadai maruah orang Melayu. Jika Kosmo dan Utusan Malaysia suratkhabar Melayu, apakah hebat akhbar Melayu ini menjual maruah Melayu dan Islam?
"Kemana perginya orang Melayu yang diperangkap oleh golongan yang berkuasa bagi kedua-dua akhbar ini? Apakah mereka tidak mempunyai generasi dan keturunan? Apakah kita ingin Malaysia diwarisi golongan yang tidak bermaruah dan boleh dipergadaikan seperti ini?" soalnya.

Ustaz Taib Azamuddin yang juga Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat menegaskan, jika akhbar berbahasa Inggeris, Cina dan Tamil mempunyai nilai dan maruah, keadaan sebaliknya bagi akhbar berbahasa Melayu yang sanggup menyiarkan cerita dan gambar-gambar yang tidak bermoral.

Katanya lagi, Pakatan Rakyat juga tidak akan berundur dengan pendiriannya untuk terus menegakkan keadilan lebih-lebih lagi bagi perkara yang bercanggah dengan lunas-lunas kemanusiaan dan Islam.

Kekesalan yang sama turut disuarakan Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo Mohd Ghazali yang menganggap tindakan politik durjana seperti ini yang akan merosakkan generasi muda sedangkan sebelum ini pemimpin negara melaungkan untuk melahirkan masyarakat yang berakhlak dan berilmu.

"Jangan kesal jika suatu hari nanti negara kita melahirkan masyarakat jijik lagi durjana kerana kitalah yang merosakkan generasi muda ini dan seolah-olah membudayakan Malaysia dengan budaya fitnah," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud menegaskan apa lagi alasan yang diberikan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sekiranya terdapat akhbar-akhbar dan majalah turut menyiarkan gambar-gambar lucah seperti itu.

"Apakah selepas ini majalah-majalah juga boleh memaparkan adegan-adegan seks? Tidak perlu lagi pemimpin kita bercakap di Parlimen mengenai pengawalan pornografi kerana mungkin selepas ini majalah-majalah dan akhbar-akhbar seperti ini bebas dijual di merata tempat termasuk di pasar malam," katanya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuff menegaskan, ekoran daripada pendedahan yang dibuat tiga individu yang menggelarkan trio Dato' T, video seks tersebut mula disebarkan di internet oleh laman web www.pisau.net dan blog Gerakan-anti-PKR bertujuan untuk memfitnah KeADILan dan Anwar.

Beliau turut mengutuk tindakan kedua-dua akhbar tersebut yang menyiarkan hampir dua muka surat penuh gambar serta berita berkaitan isu tersebut.

"Apa motif akhbar tersebut siarkan visual tersebut? Kita menghormati kebebasan media tetapi bukan dengan cara kewartawanan yang kotor dan jijik seperti ini. Mana-mana wartawan tidak patut menyokong kewartawanan seperti ini.

"Kami mengutuk Utusan Malaysia dan Kosmo kerana akhbar inilah juga sejak 1998 tidak habis-habis cuba merosakkan imej dan menghina Anwar. Kawan-kawan dalam Umno kami tahu kamu siapa. Jangan hendak tunjuk moral kamu tinggi dan beria-ia ingin berbahas di parlimen," katanya yang memberi amaran sambil memegang kedua-dua akhbar tersebut.

Turut serta dalam sidang media itu Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Tumpat, Dato' Kamarudin Jaafar, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul.

Selain itu, Ahli Parlimen Bandar Indera Mahkota, Azan Ismail, Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar dan Ahli Parlimen Padang Terap, Ustaz Mohd Nasir Zakaria juga menyertai sidang media tersebut.

In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

2 ulasan:

  1. Mereka (umno ) pimpinannya, pencacainya adalah jelas kini menjadi wakil tunggal syaitan!

    BalasPadam
  2. sepakterajangtUMporNO !7 April 2011 11:03 PTG

    seLagi nyawa di kandung bdn,UMporNO akn ku Ligan !!!

    BalasPadam

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.