LOJI RADIOAKTIF AKAN KEKAL DI GEBENG!

KUANTAN, 6 April — Lynas Corporation akan kekal di kawasan perindustrian Gebeng dekat sini melainkan loji pemprosesan RM700 juta itu gagal memenuhi keperluan keselamatan, kata Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) malam tadi.


AELB merupakan antara beberapa agensi pusat dipelawa oleh kerajaan Pahang untuk meredakan kebimbangan penduduk berhubung operasi loji itu yang akan bermula suku ketiga tahun ini.

Lojinya sedang dalam proses pembinaan.

Malam tadi, Ketua Pengarah AELB Raja Datuk Abdul Aziz Raja Adnan mengakui tiada satu keperluan keselamatan tetap berhubung aspek radiasi.

Sebaliknya kata beliau, paras torium dalam bahan mentah yang akan digunakan untuk tujuan pemprosesan akan dijadikan sebagai petunjuk.

“Perkara utama menjadi perhatian ialah sisa buangan,” kata beliau merujuk kepada elemen radioaktif yang ditemui dalam semua lapisan nadir bumi.

Ketika bercakap kepada pemberita selepas dialog awam dengan penduduk tempatan, kata beliau, kelulusan AELB, membabitkan lima anggota, adalah berdasarkan penilaian kes demi kes.

Bagaimanapun tegas beliau, Lynas bertanggungjawab kepada standard yang ia janjikan.

“Jika kadar torium dalam bahan mentah melebihi 0.16 peratus, kami akan menarik balik lesen,” kata beliau kepada 300 orang yang menghadiri dialog semalam.

Raja Aziz juga memberitahu pemberita bahawa Lynas harus berpegang kepada 500 ppm torium dalam bahan buangan dan jika tidak akan diminta menutup operasinya.

Pertemuan malam tadi dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Negeri Pahang selepas penduduk Kuantan, pertubuhan bukan kerajaan dan wakil rakyat-wakil rakyat membantah operasi loji atas alasan bimbang dengan risiko bahaya radiasi.

Kebimbangan itu meningkat selepas krisis loji tenaga nuklear ekoran bencana berganda tsunami dan gempa bumi di Jepun bulan lalu.

Raja Aziz juga berkata sementara tiada standard radiasi yang tetap, mengurangkan kadar yang boleh diterima berbanding dengan apa yang dijanjikan oleh Lynas bermakna industri berat lain di Pahang seperti kilang kenderaan dan loji penapisan minyak juga perlu ditutup.

Bagaimanapun katanya, pengajaran dari krisis Bukit Merah di Perak dan asas kes-kes kanser yang dibangkitkan akan diambil kira.

Data-data yang diperoleh akan digunakan sebagai tanda aras, katanya.

Lynas secara berulang kali mengatakan bahawa nadir bumi yang pihaknya gunakan hanya mempunyai 1,600 ppm torium iaitu 50 kali lebih rendah berbanding bahan mentah yang digunakan di Bukit Merah.

Ulasan

  1. ini sume gebang lebong pembodek2 umgok laknat... kalau tak ikut arahan umgok kot kena tukar plak atau kena masuk 'kolam'. Ramai dah kakitangan kera-jaan yg kena masuk 'kolam' nih... kalau kakitangan tinggi kera-jaan nak buat kerja betul dan baik pasti kena masuk 'kolam' macam cerita Risda dulu...

    Kalau benda tu meletop yg mampos dulu adalah rakyat tempatan yg ada berdekatan... lepas tu merebaklah keseluruh negara... m'sia ni bukan besar sangat... yg tukang lulus. yg kaut duit kontraktor sume bawa anak bini cabut... masa belum buat ni macam2 jaminan keluar... tapi mereka lupa tidak ada siapa yg mampu memberi jaminan akan terselamat dari bencana yg ditimpakan oleh Allah kecuali merteka yg Allah pilih... Jadi cakap2 mulut pembodek2 ni terbukti lebong nak beboddohkan melayu...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular