KJ DESAK BN PERLU TUKAR TAIB SEGERA

Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin menegaskan perikatan itu mesti berpegang pada janji untuk mengadakan peralihan kuasa kerajaan negeri di Sarawak.


Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno melahirkan pendirian ini ketika keputusan tidak rasmi menunjukkan bahawa BN berjaya memperoleh dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri dan meneruskan pentadbiran kerajaan negeri bumi Kenyalang itu.

“Nampak gaya BN menang (di) Sarawak. Tapi pemimpin BN mesti pegang janji akan ada peralihan kuasa Sarawak dalam masa terdekat. Bukan alasan untuk melewat-lewatkan lagi,” kata beliau menerusi akaun Twitternya sebentar tadi.

Isu peralihan kuasa kepimpinan Taib, yang mengetuai negeri itu sejak 1981 menjadi bahan kempen dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10 ini.

Ulasan

  1. kesian ank bapak ni,nasib kau La kj.untung sabut timbuL,untung batu tenggeLam baik kau piLih untung kapaL seLam........KAH KAH KAH

    BalasPadam
  2. idup lagi mangkuk ni ???

    BalasPadam
  3. idup lagi mangkuk ni ???

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular