26 Apr 2011

KENAPA MAKHLUK INI DILANTIK JADI PRESIDEN PEGUAM MUSLIM
abu nu'man26 Apr 2011 0 Komentar

Rakaman video seks seseorang yang didakwa berzina hanya boleh dijadikan bukti sokongan di Mahkamah Syariah dengan syarat utamanya mestilah disertai dengan empat orang saksi yang adil yang melihat perlakuan tersebut.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Nik Mohd Zawawi Nik Salleh menegaskan, bagaimana pun video yang menjadi bukti sokongan itu mestilah dikenal pasti ketulenannya dan individu dalam video tersebut benar-benar orang yang dituduh.

Tambahnya, jika orang yang membuat tuduhan itu hanya menyertakan video semata-mata bagi membuktikan kebenaran perlakuan seks tersebut, ia tidak boleh diterima pakai dalam perundangan Islam kerana syarat utama ialah disertai empat orang saksi.

"Video hanyalah sebagai bahan sokongan kerana bahan utamanya ialah empat orang saksi. Memang tidak boleh diterima pakai jika hanya bergantung pada satu bukti sahaja iaitu video atau bahan-bahan lain," katanya sewaktu dihubungi.

Mengulas mengenai kenyataan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Zainol Rijal Abu Bakar (gambo di atas) video seks seseorang yang didakwa berzina boleh dijadikan bukti di Mahkamah Syariah, jelas Ustaz Nik Zawawi, sebagai peguam syarie, Zainol Rijal seharusnya lebih tahu mengenai undang-undang Islam.

Beliau turut berpendapat kenyataan Zainol Rijal itu menggambarkan seolah-olah beliau tidak faham dengan undang-undang Islam serta sistem kehakiman Islam yang mempunyai peraturannya, sebagaimana undang-undang sivil yang juga mempunyai peraturannya sendiri.

"Barangkali beliau sudah terlalu biasa dengan undang-undang sivil. Apabila bercakap soal agama beliau terikut-ikut dengan kaedah dan pendekatan undang-undang sivil. Saya ingin menasihatinya supaya membezakan sistem perundangan Islam dengan sistem perundangan sivil. Perundangan Islam ini datangnya daripada Allah yang mempunyai sistemnya sendiri yang tidak boleh direka cipta oleh manusia.

"Allah telah menentukan kes yang membabitkan zina dan liwat mesti disertai empat orang saksi dan barulah kita boleh menuduh si polan bin si polan dan seterusnya barulah boleh membawa bukti sokongan," tegasnya.

Zainol Rijal itu turut disangkal Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya dalam satu kenyataannya yang berpendapat kenyataan tersebut 'menyeleweng' daripada prinsip Islam. "Jenayah zina hanya boleh dibuktikan dengan dua perkara sahaja iaitu pengakuan orang yang berzina dan pengakuan empat orang saksi yang adil yang melihat perlakuan zina itu.Bukti video atau gambar atau rakaman tidak diterima bagi jenayah zina. Pandangan beliau ini cukup menyeleweng," katanya.

Sehubungan itu, Dr Juanda meminta Zainol Rijal agar tidak menimbulkan salah faham kepada masyarakat umum. Dalam kenyataannya, Zainol Rijal mendakwa klip video boleh dijadikan sebagai bahan bukti untuk mendakwa seseorang melakukan zina sekiranya pihak pendakwa tidak boleh membawa empat orang saksi lelaki.

In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

0 Komentar

Catat Ulasan

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.