22 Apr 2011

Isu Tanah Jerlus
chedet22 Apr 2011 0 Komentar

Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Titiwangsa : Kesal dengan fitnah kepada Ahli Parlimen Titiwangsa



Dewan Pemuda PAS Titiwangsa kesal dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah dengan memburuk-burukkan Ahli Parlimen Titiwangsa, YB Dr Lo'lo' Hj Mohd Ghazali melalui pemasangan banner dan kain rentang di sekitar Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tuduhan yang mengatakan kononnya YB Dr Lo'lo' tidak membuat apa-apa tindakan berkenaan masalah tanah jerlus yang berlaku di Jalan Syed Mahadi Kg Baru adalah fitnah yang sengaja diada-adakan oleh pihak tertentu bagi mempengaruhi penduduk di sekitar parlimen Titiwangsa.

Apa yang sebenarnya berlaku, YB Dr Lo'lo' dengan sepenuh kemampuan yang ada telah membantu penduduk-penduduk yang di timpa bencana tersebut.

YB Dr Lo'lo' sendiri telah melakukan tindakan yang proaktif berbincang dengan pihak-pihak seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi mengatasi kejadian itu. Selain itu, Yb Dr Lo'lo' dan pegawai Pusat Khidmat Titiwangsa sendiri membantu menyediakan tempat tinggal dan berusaha menggunakan sumber yang ada menyediakan makanan kepada mangsa bencana tersebut.

Sungguh sedih dan mendukacitakan masih ada pihak yang sanggup menyebarkan fitnah dan tohmahan ahli parlimen Titiwangsa.

Walaupun Pusat Khidmat Titiwangsa tidak mendapat peruntukan tahunan parlimen yang sepatutnya diterima untuk membantu penduduk di Parlimen Titiwangsa, tetapi Dr Lo'lo' bersama-sama dengan Pusat Khidmat Titiwangsa dan PAS Titiwangsa tetap akan memberi khidmat kepada masyarakat semampu yang mungkin.

Apa pula tindakan UMNO dan Menteri Wilayah Persekutuan? UMNO hanya tahu mengkritik dan menabur fitnah tetapi tidak membuat apa-apa tindakan.

Slogan UMNO "Juara Rakyat" dan slogan Perdana Menteri "Rakyat Didahulukan" hanya slogan kosong yang penuh dengan janji-janji manis yang cuba memperbodohkan rakyat. Mereka hanya tahu mengumpan rakyat untuk meraih undi menjelang pilihanraya yang semakin hampir seperti yang di 'hint'kan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pemuda PAS Titiwangsa berharap pihak-pihak yang mengeluarkan tuduhan tidak bertanggunjawab itu, menarik balik dan memohon maaf kepada YB Dr Lo'lo' disamping turun sama menghulurkan bantuan kepada mereka yang bernasib malang.

InsyaAllah Pemuda PAS Titiwangsa akan turun membantu dengan segala kudrat yang ada.

Hj Mohd Shahir Abu Hassan
Timbalan Ketua
Pemuda PAS Titiwangsa
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

0 Komentar

Catat Ulasan

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.