WAJARKAH DPPWP DAKWA PROF AZIZ SEBAGAI BUDAK TADIKA?

Hari ini Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyanggah pandangan Penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari di dalam Malaysian Insider yang mengatakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai liabiliti kepada komponen Pakatan Rakyat. Jika benar beliau menjadi liabiliti, sudah lama PKR dan DAP memutuskan hubungan dengan PAS.

Selain itu, pandangan Aziz yang asyik mengulang isu kekalahan PAS di Terengganu pada 2004 untuk memalukan Presiden PAS tidak ubah seperti pandangan budak tadika sahaja. Ia jelas menunjukan kelemahan bacaan politik beliau yang mana, dibawah kepimpinan Presiden hari ini, PAS berjaya menguasai dua negeri iaitu Kelantan dan kedah walaupun gagal menguasai Terengganu pada 2008. Malah jumlah kerusi PAS di Parlimen pada 2008, bertambah tiga kali ganda iaitu 24 kerusi dari 7 kerusi pada 2004. Sebagai Presiden keupayaan prestasi beliau dilihat berdasarkan keupayaan parti diseluruh negara bukannya di Terengganu sahaja. Dan ianya sudah cukup membuktikan kebangkitan semula kepimpinan PAS dibawah Presiden.

Tuduhan Aziz yang turut mengatakan bahawa Presiden menjadi punca kegagalan PAS memenangi mana-mana kerusi di Sarawak juga amat dangkal. Lainlah jika PAS sebelum ini pernah menang di Sarawak dan kemudiannya kalah semua kerusi dalam pilihanraya baru-baru ini. Pilihanraya Sarawak 2006 menyaksikan PAS bertanding 1 kerusi tapi kali ini PAS bertanding 5 kerusi dan ini satu petanda bahawa Presiden telah berjaya memainkan peranannya di dalam Majlis Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan ketika proses pembahagian kerusi.

Aziz juga kelihatan agak bingung ketika mendakwa Presiden PAS adalah punca kegagalan 16 September. Di tadika manakah fakta ini diperolehinya? Adakah beliau ada membuat kajian ilmiah tentang hal ini sebagai Profesor atau sekadar mengantungkan lidah beliau pada hujahan berasaskan persepsi.

Nampaknya beliau sengaja mengkambing hitamkan Presiden PAS dengan pelbagai tuduhan liar, hanya untuk melampiaskan nafsu amarahnya yang tidak ketahuan punca.

DPPWP menasihatkan agar Aziz tidak memalukan golongan ahli akademik yang selama ini bercakap atas fakta dan kajian yang lebih berfakta. Jika beliau tiada modal untuk bercakap baik diam sahaja dari terus melalak seperti orang bijak yang kelihatan kurang bijak mengunakan ilmunya.

DPPWP hari ini cukup berpuashati dan memberikan sokongan penuh kepada Presiden PAS diatas usaha beliau membangkitkan semula keupayaan PAS setelah melalui zaman kekalahan pada 2004.

abu nu'man : FIKIR-FIKIRKANLAH!!!

...mohon untuk memberi sedikit pandangan berkenaan tajuk yang ana lontarkan....

Ulasan

  1. jangan terlalu emosional bila membuat kenyataan... kelak akan memakan diri dan parti... lebih-lebih lagi bila ianya adalah dari org yg penting dalam PAS...

    BalasPadam
  2. TERIMALAH KRITIKAN DGN HATI TERBUKA. KITA ORG PAS perlu belajar menerima teguran org lain. Jgn fikir, kita saja yg betul.

    Kalau Dr Aziz sokong kita, kita puji dia. Bila dia kritik sikit, kita hentam dia.

    Kalau macam ni, bila kita nak maju ke hadapan.

    BalasPadam
  3. DPP Wilayah Persekutuan wajar belajar menerima kritik dari orang.Amat keterlaluan jika menganggap pandangan Prof.Aziz Bari datang dari taraf tadika.Pandangan yang berdasarkan emosi tak akan membawa PAS kemana-mana.DiMalaysia ini hanya ada satu parti Islam oleh itu menjadi payong kepada orang Islam.Tidak salahnya jika terdapat seorang Islam mengeluarkan pendapat mengenai PAS,walau pun dia bukan ahli PAS.Wajar menghormati persepsi orang terutama dia seorang ilmuan,untuk orang menghormati persepsi kita.Hadi Awang bukan Nabi dan dia tidak maksum.

    BalasPadam
  4. patut lah PAS susah nak menang...

    BalasPadam
  5. PARTI TADIKA BERGADUH DENGAN PROFESOR TADIKA DENGAN CARA TADIKA. ELOKLAH..SETARA.

    BalasPadam
  6. Salam bro,
    Article ni ok.
    namun saya lebih tertarik dgn Artcile TGHH sendiri. dan yg paling tertarik dgn kata2 beliau dkt bawah ni. Semoga kata2 ini juga jadi panduan utk ahli1/pemimpin pas kawasan dan sbgnya. Jgn jadi mcm dahulu ada shj kelompok2 tertentu yg cuba utk menangkan kelompok dia shj dgn pelbagai2 alasan dan tohmahan yg tak sesuai sbg
    pejuang islam. TGHH cakap semua org boleh bertanding tak kira latar belakang dan pendidikan. Jgn ade lagi geng2 yg kata pos hanya utk org ni shj. org ni tak sesuai dan sbgnya.. bertandinglah secara sihat dan baik..cubalah juga ikut cakap TGHH dalam bab ni. jgn setengah bab tingal, setengah bab ambil.. nanti jadi mcm umno.

    "Alu-aluan itu bukan hanya tertakluk bagi jawatan parti di peringkat kepimpinan paling kecil di cawangan dan bahagian, tetapi meliputi kesemua jawatan termasuk peringkat tertinggi yang melibatkan jawatan Presiden, Timbalan dan Naib.

    "Bagi jawatan Presiden sendiri, jika ada pencalonan yang diterima oleh pemimpin lain untuk menentang saya, saya sendiri amat mengalu-alukannya kerana saya pun bukan untuk menjadi pemimpin selamanya. Sebaliknya, saya sendiri pun dah semakin berumur dan memang memerlukan barisan pelapis," tegas beliau.

    Jadi jika ada pencalonan terhadap seseorang pemimpin PAS untuk memegang sebarang jawatan dalam parti yang melibatkan pelbagai latar belakang dan pendidikan, katanya, ia sepatutnya disambut oleh para pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS dengan semangat perpaduan yang tinggi kerana di dalamnya pasti terkandung hikmah amat besar bagi PAS."

    BalasPadam
  7. Salam...

    Terimalah teguran untuk memantapkan PAS...sikit org tegur melenting tak tentu arah..malaulah kalau mcm ni..aku pun ahli PAS juga tapi xdalah cepat sangat nak melenting orang komen pasal PAS...bak kata Dr MAZA "jgn cipta khurafat baru"

    BalasPadam
  8. makin jelas cakap cakap masyarakat bahawa PAS tak boleh ditegur pemimpinnya....teruk teruk UMNO pun segala pandangan dari semua pihak walau musuh dianalisa dan diambik kira utk tindakan...kalau yang menegur Mat Gian atau Mat Rempit boleh cakap macam tu...kalau cerdik pandai pun dia orang melenting..mimpi berterusanlah PAS ni..

    BalasPadam
  9. Salam...
    PAS sekarang bukan parti untuk jadi terus pembangkang. PAS seharusnya bersedia untuk menggantikan UMNO. Jadi, PAS sendiri mesti mempamerkan sikap lebih matang dan keterbukaan kepada kritikan. Ketahuilah wahai DPPWP tidak salah mempertahankan pemimpin yang dikritik namun memperkecilkan orang yang mengkritik itu amat salah terutamanya bagi ahli PAS. Apatah lagi yang mengkritik itu seorang seperti Prof. Aziz. PAS perlu ingat bahawa mereka yang profesional seperti Prof Aziz banyak membantu memperkasakan parti PAS. Siapa tahu bahawa teguran Prof Aziz itu hanya kerana beliau benar-benar sayangkan PAS dan ingin PAS mengambil peluang yang seakan terbuka luas untuk menerajui negara. Saya yakin DPPWP pun tidak pasti bahawa, isu kepimpinan PAS juga sedang bermain dalam fikiran sesetengah ahli yang ingin melihat PAS lebih terkehadapan berbanding dengan parti PR yang lain. Melihat cara gaya DPPWP memberi respon kepada pandanagn Prof. Aziz, maka pada saya menteliti DPPWP hanya melayakkan PAS menjadi parti kecil yang hanya mampu kekal di Kelantan sahaja. DPPWP boleh mengatakan bahawa langkah menukar pemimpin sekarang ini bukan langkah yang bijak, namun bukan dengan sombong mempertikaikan keupayaan Prof. Aziz untuk memberi pandangan. Akhir kata, maaf, apa yang saya nampak hujah yang diberikan oleh DPPWP itu yang terserlah ketadikaannya.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular