BetuL KE?
Polis TETAP Anggap Kematian Sarbani Sebagai Mati Mengejut (Kemalangan@Bunuh Diri). Masalahnya, Banyak Orang yang Tidak Percaya!
Gambar di atas ialah tingkap bangunan SPRM, di Jalan Cochrane yang dipercayai menjadi tempat Ahmad Sarbani Mohamed "jatuh" dan ditemukan mati di gelanggang badminton tingkat 1 pada 6 April lalu.
Cuba anda lihat saiz tingkap itu!
Hari ini dalam UM, polis mengesahkan kematian pegawai kastam itu disebabkan kecederaan parah akibat jatuh dari lokasi tinggi. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, hasil siasatan menyeluruh itu tidak hanya membabitkan pihak polis malah turut melibatkan hospital, Jabatan Kimia serta pakar patologi.
“Siasatan turut menggunakan kaedah tertentu termasuk lakonan semula oleh pelakon lagak ngeri bagi membantu mendapatkan hasil penemuan."
“Menerusi siasatan ini, kami dapati kematian beliau selari dengan kecederaan akibat impak jatuh dari tempat yang tinggi.”
Mengulas lanjut, Zulkifli memberitahu, sepanjang siasatan itu dijalankan, sebanyak 48 percakapan saksi telah direkodkan.
Menurutnya, siasatan kes itu masih kekal dilakukan mengikut laporan kematian mengejut (SDR) dan kertas siasatan yang telah siap itu akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AG) selewat-lewatnya minggu ini. Ditanya sama ada terdapat unsur jenayah dalam kes kematian pegawai kastam itu, Zulkifli enggan mengulas sebaliknya memberitahu, siasatan itu diklasifikasikan sebagai SDR.
“Kita akan berusaha untuk hantar (kertas siasatan) minggu ini juga tetapi jika tidak sempat, kita akan hantar pada minggu depan.
“Sebaik sahaja dihantar kepada AG dan ada perkara-perkara lain yang perlu diberi perhatian, itu adalah perkara biasa. Apa pun saya berpuas hati dengan siasatan menyeluruh yang dibuat,” katanya.
Gambar di atas pula ialah paparan aksi lakon semula oleh pelakon lagak ngeri berkaitan dnegan teori kematian Ahmad Sarbani. Lagi sekali, cuba ukur saiz tingkap itu!
Poin saya, jika polis menganggap kematian Ahmad Sarbani sebagai kemalangan, rasa-rasanya agak mustahil untuk diterima akal. Kerana untuk mendakwa Ahmad Sarbani terjatuh secara tidak sengaja dari tingkap dengan saiz bukaan sebesar itu, agak mustahil untuk diterima akal. Seseorang itu perlu menyusup kepalanya dahulu, barulah boleh "terjatuh" dari tingkap tersebut.
Jika bukan kemalangan, tinggal satu opsyen lagi, iaitu bunuh diri. Semua akhbar hari ini tidak menggunakan istilah bunuh diri walaupun laporan mereka sejak awal lagi membuat andaian bahawa Ahmad Sarbani membunuh diri kerana kemurungan dan sebagainya. Masalahnya, banyak orang termasuk ahli keluarga, rakan, dan orang ramai tidak percaya kematian pegawai Kastam yang didakwa warak ini kerana membunuh diri. Malah, ahli keluarga turut menyerahkan beberapa bukti untuk menafikan dakwaan Ahmad Sarbani membunuh diri termasuk jumlah dan nilai aset yang dimilikinya.
Pihak polis tidak boleh hanya mengatakan "kami dapati kematian beliau selari dengan kecederaan akibat impak jatuh dari tempat yang tinggi”. Semua orang tahu, arwah jatuh dari tempat tinggi. Persoalan yang perlu disiasat dan dijawab oleh pihak polis, BAGAIMANA arwah jatuh?
Tatkala banyak pihak tidak berpuas hati dengan cara kematian Ahmad Sarbani, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah"berpuas hati dengan siasatan menyeluruh yang telah dibuat". Adakah kenyataan itu sudah cukup untuk membuatkan ahli keluarga dan orang lain berpuas hati?
Kenapa tak berlakon dicampak pulak?
BalasPadam