BENARKAH PARTI ISLAM TIDAK DITERIMA DI SARAWAK?

KUALA LUMPUR, 17 April — Kegagalan PAS untuk memenangi sebarang kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak menunjukkan parti Islam itu masih belum diterima pengundi — walaupun mendapat sokongan kuat di Semenanjung, kata penganalisis politik.


Menurut Datuk Dr Zainal Kling, berbanding PKR dan DAP, hanya PAS yang tidak memenangi sebarang kerusi walaupun Pakatan Rakyat berjaya mendapat 15 kerusi.

Kali ini PAS bertanding di lima kerusi berbanding satu pada 2006.

Walaupun tiada kerusi dimenangi tetapi undi popular diterima parti itu meningkat kali, kemungkinan antara lain kerana jumlah kerusi ditandingi kali ini.

Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerajaan negeri Sarawak dalam persaingan paling sengit dengan memperoleh 55 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala Pakatan Rakyat, yang pertama kali bertanding di bawah perikatan tiga parti pula mendapat 15 kerusi dan Bebas satu. DAP menyumbangkan 12 kemenangan manakala PKR tiga kerusi.

“Dari segi individu parti sudah tapi PAS masih belum bertapak di kawasan-kawasan Melayu, belum dapat.

“Saya fikir fahaman PAS itu belum meluas diterima di Sarawak, fahaman PAS yang mahu mengadakan negara Islam, membina masyarakat Islam seperti acuan mungkin penyebab mengapa PAS ditolak,” kata Zainal kepada The Malaysian Insider.

PAS tewas di kesemua kerusi yang ditandingi parti Islam itu iaitu Tanjung Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro.

Tambah Zainal, Pakatan Rakyat terutamanya PAS akan mengeksploitasikan kekalahan itu dengan tujuan memburukan BN.

“Umumnya pengundi masih belum menerima pendekatan PAS itu, saya fikir PAS akan mengeksploitasikan keadaan ini, selain itu DAP juga akan mengekspoitasikan kemenangan.

“PAS belum menang kerusi walaupun sokongan bertambah,” katanya.

Pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian pula berkata faktor utama kegagalan PAS adalah kerana parti Islam itu gagal mendapat sokongan pengundi Melayu.

Selain itu, jelas Sivamurugan, kemungkinan pengundi di Sarawak tidak menerima PAS kerana tidak faham dasar perjuangan yang dibawa parti itu.

“PAS gagal untuk meyakinkan pengundi-pengundi di Sarawak, mungkin dasar perjuangan PAS itu menyebabkan parti itu ditolak.

“Mungkin juga apa yang dibawa PAS tidak difahami pengundi-pengundi dengan sepenuhnya... PAS gagal kerana pengundi tidak faham apa perjuangan PAS,” katanya.

Tambah beliau, walaupun PAS kuat di Semenanjung, namun di Sarawak parti itu gagal untuk mendapat sokongan majoriti besar pengundi.

“PAS parti Semenanjung, memang PAS kuat tapi di Sarawak PAS gagal.

“Dengan dasar perjuangan PAS yang tidak difahami pengundi menyebabkan mereka tidak menerima PAS,” katanya.

Ulasan

  1. bukan islam tak diterima tetapi hanya PAS yang tidak diterima oleh setiapumat islam

    BalasPadam
  2. PAS Sarawak wajar mendekati pengundi tanpa mengira kaum,menerangkan dengan seluas-luasnya dan sejelas-jelasnya apa itu PAS For All.Kehadiran PAS diSarawak kurang dirasakan oleh pengundi termasuk orang Melayu.PAS Sarawak punya lebih dari 50 cawangan diseluruh Sarawak tapi tidak bergiat aktif terkecuali waktu pilihanraya.Ini masaalahnya.Aktiviti perlu konsistan sepanjang tahun dan satu lagi masaalah PAS Sarawak,kurang dapat perhatian dari PAS Pusat.Pemimpin-pemimpin PAS Pusat hanya keSarawak waktu ada pilihyanraya.Kalau pergi Timur Tengah dan Eropah selalu,tapi keSarawak dan Sabah kurang sangat.

    BalasPadam
  3. poooooooooooooooooooorah !18 April 2011 pada 12:16 PG

    Lu org ingt semua prof pandai ke?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular