BEKAS POLIS MINTA POLIS SIASAT DATUK T DENGAN KES TAHUN1999

Seorang bekas pegawai polis kanan mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah dikaitkan dengan pengedaran rakaman aksi seks pada November 1999 dan oleh itu, mahu pihak berkuasa menyiasat sama ada ia ada kaitan dengan pendedahan video oleh “Datuk T” bulan lalu.


Bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumput Datuk Mat Zain Ibrahim berkata rakaman video yang pertama diedarkan beberapa hari sebelum pilihan raya umum 1999.

Oleh itu, dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Zain meminta pihak polis meneliti kaitan kedua-dua pendedahan berkenaan.

“Bukan menjadi hasrat saya mencampuri siasatan polis, namun sebagai seorang pesara polis yang berpeluang menangani isu-isu yang berkaitan dengan Anwar dan (bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul) Rahim (Thamby Chik) serta beberapa kenamaan lain ketika dalam perhidmatan, saya rasa terpanggil untuk mendedahkan maklumat-maklumat yang saya percaya dapat membantu siasatan.

“Saya dapati ada beberapa perkara mustahak yang ada hubung kait dengan siasatan isu video lucah ini, tetapi tidak diumumkan kepada rakyat yang boleh mengelirukan persepsi mereka,” katanya sambil berharap ketinggalan ini adalah disebabkan polis terlepas pandang dan bukannya dengan sengaja atau curang menyembunyikan fakta-fakta mustahak demikian.

Pengedaran pertama itu berlaku lebih setahun selepas Anwar dipecat daripada jawatan kerajaan dan parti.

Ulasan

Catatan Popular