BAHANA FACEBOOK... REMAJA DI'KENDURI' 9 REMAJA LELAKI

KUALA LUMPUR 26 April - Perkenalan seorang remaja dengan seorang lelaki menerusi laman sosial Facebook menjadi mimpi ngeri apabila dia menjadi mangsa 'kenduri seks' sembilan lelaki di sebuah rumah teres di Mahkota Cheras, dekat sini Sabtu lalu.

Sebelum kejadian itu, mangsa berusia 14 tahun dikatakan keluar menaiki teksi dari rumahnya di Kondominium Rakyat, Pantai Dalam, kira-kira pukul 7 pagi untuk menemui rakan lelaki yang baru dikenali menerusi laman sosial tersebut.

Bagaimanapun, sebaik sahaja bertemu di lokasi dijanjikan, suspek membawa seorang rakannya menaiki sebuah kereta Proton Saga ke rumah mereka.

Sebaik sahaja sampai, terdapat tiga lagi lelaki yang merupakan rakan suspek. Salah seorang suspek telah mendekati mangsa untuk mengadakan seks namun remaja itu yang enggan menurut kemahuannya telah dipukul lalu dirogol.

Suspek dikatakan memanggil empat lagi rakan lelakinya datang ke rumah tersebut sebelum menjadikan mangsa sebagai 'kenduri seks' beramai-ramai.

Kejadian malang itu berakhir kira-kira pukul 9 malam selepas mangsa berjaya melarikan diri ketika dibawa salah seorang suspek ke restoran makanan tom yam.

Mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian sebelum dibawa ke hospital berdekatan bagi pemeriksaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kajang, Supritendan Azman Ayob ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini mengesahkan kejadian tersebut.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. Kesemua suspek terbabit dipercayai berusia 20-an," katanya.

...mungkin masalah obesiti pelajar sekolah lebih utama bagi Muhyiddin  dari masalah sosial remaja sekolah...

Ulasan

  1. KENAPA PULAK MASALAH MUHYIDDIN? APA PERANAN USTAZ2 PAS DI SEKOLAH MENTARBIYAH MURID2 NIE? MEREKA PUN BOLEH DIPERTANGGUNGJAWABKAN KELAK...SUDALAH GURU2 AGAMA ADA DITAMBAH PULAK USAHA KERAJAAN MERAMAIKANNYA LAGI DGN USTAZ USTAZAH JQAF....ADALAH SEWAJARNYA ILMU AGAMA MURID2 NI LEBIH KEBAL BILA BILANGAN TENAGA MENGAJAR RAMAI...KE MEREKA SEMUA NI TAK MENGAJAR AGAMA?

    BalasPadam
    Balasan
    1. USTAZ2 USTAZAH MAKAN GAJI BUTA KE?

      Padam
  2. Semuanya bermula dari rumah... ibu bapa la yg perlu prihatin terhadap didikan anak2...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular